Ibu disangka hilang rupanya larikan diri, nekad jual rumah anak sendiri! Seorang wanita di Thailand yang selama ini disangka hilang rupa-rupanya melarikan diri secara senyap-senyap dan hidup bersendirian — dan lebih mengejutkan, dia turut menjual rumah yang didiami oleh anak perempuannya sendiri!
Kisah ini terbongkar selepas anak perempuannya, Ree, menerima satu notis mahkamah mengejutkan yang mengarahkan dia segera mengosongkan rumah yang dihuni selama ini. Jika ingkar, dia boleh didakwa atas kesalahan menceroboh!
Terkejut: Rumah Diduduki Milik Ibu, Kini Sudah Dijual
Menurut laporan media tempatan, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Peng, sebelum ini dikatakan ‘hilang’ tanpa khabar berita. Namun, penyiasatan terkini menemui beliau hidup bersendirian di sebuah rumah lain di wilayah Issan.
Rancangan TV popular Channel 8 melaporkan bahawa Peng sendiri mengakui dia menjual rumah tersebut dengan kerelaan hati, dan bukan kerana ditipu sesiapa.
“Saya jual rumah itu dengan rela hati, bukan sebab dipaksa. Saya dapat 600,000 baht (kira-kira RM78,000) kerana saya takut didera oleh Ree,” ujar Peng kepada media.
Rahsia Terbongkar: Bukan Hilang, Tapi Undur Diri Dalam Diam
Kes ini kini menjadi tumpuan media di Thailand kerana ia bukan sekadar kisah pertikaian keluarga, tetapi juga pengkhianatan perasaan dan kepercayaan. Ramai netizen bersimpati dengan Ree yang bukan sahaja kehilangan ibunya secara misteri sebelum ini, tetapi kini kehilangan tempat berteduh juga.
BACA JUGA :
Pak Arab kutip kayu di Malaysia, jual semula pada harga RM310,000!
Fendymojo jual kek coklat ‘premium’ berkulat?
Lelaki jual peti ais buruk RM20000, ini sebab harganya mahal