Realtime website trackingweb stats

Hukum gantung gambar bernyawa dalam rumah, UAI ada penjelasannya!

Oleh NUR KASIH

Dekatnya Hari Raya Aidilfitri, ingatlah untuk tidak menggantung gambar manusia atau haiwan di dinding rumah.

Ustaz Azhar Idrus mengingatkan kita bahawa ini boleh menghalang malaikat masuk ke rumah.

Lebih baik simpan gambar-gambar itu dalam album, telefon, atau komputer sahaja, kata Ustaz Azhar.

Hukum gantung gambar bernyawa dalam rumah, UAI ada penjelasannya!

“Ini kerana ada satu kisah, pada suatu hari Nabi Muhammad SAW pulang ke rumah bersama Jibril, tetapi Jibril tidak mahu masuk ke dalam rumah.

“Rupanya Aisyah (isteri Nabi) ada beli kain langsir baharu, gambar burung terbang. Nabi segera mengarahkan Aisyah membuang langsir itu, baru Jibril masuk semula ke dalam rumah,” kongsinya pada satu sesi kuliah di sebuah masjid baru-baru ini.

Untuk menjelaskan lebih lanjut, Azhar memberitahu bahawa Nabi Muhammad SAW juga pernah menyatakan bahawa malaikat tidak suka masuk ke dalam rumah yang ada patung atau gambar yang hidup.

“Gambar tidak bernyawa boleh. Jika anak minat motosikal, boleh letak gambar karburator, sepit udang, bukan bernyawa boleh.

“Kalau bini kita pula, boleh letak gambar berus jamban, penapis teh tiada masalah. Orang minat bola, jangan letak gambar pemain bola, letak gambar wisel atau tiang gol, tiada masalah,” selorohnya.

Azhar menyatakan bahawa tujuan malaikat masuk ke dalam rumah adalah untuk memberikan doa kepada semua orang yang tinggal di dalamnya.

Baca:

Kejam! Rejim zionis rogol, bunuh wanita di depan anak & suami

Jasmine Suraya terpaksa jual kereta tanggung kos pengajian, ini reaksi Menteri Komunikasi

Untung berkali ganda, sikap tamak peniaga ‘mark up’ harga nasi di aplikasi Grab raih perhatian