Realtime website trackingweb stats

Hidup mengalahkan orang kerja kerajaan, setiap hari duit masuk RM200 ini petuanya

Oleh AHMAD ISMAIL

Setiap daripada kita pasti memasang impian untuk menjalani kehidupan yang tenang sebagai pesara setelah sekian lama membanting tulang mencari rezeki.

Bagi merealisasikan impian itu pastinya pelbagai usaha dan rancangan dibuat ketika masih muda demi kesenangan hidup di kemudian hari.

Dalam satu perkongsian dibuat Nor Hoda Tarseh di Facebook, dia berkongsi cara yang dilakukannya sehingga membolehkan dia hidup selesa pada usia 56 tahun.

Malah dia memberitahu mampu menjana pendapatan sebanyak RM200 sehari, melebihi apa yang dimiliki seorang pekerja kerajaan.

“Biar kita hidup B40, tapi pencen sudah macam pesara T20. Sampai sekarang saya masih menyewa rumah.

Hidup mengalahkan orang kerja kerajaan, setiap hari duit masuk RM200 ini petuanya

Tapi saya tak kisah pun sebab pencen saya RM200 ke atas sehari.

“Setiap hari saya lepak mamak, goyang kaki. Lepak dengan geng-geng gomen (government) pencen.

“Saya tak ada pencen. Duit yang saya dapat daripada usaha saya sebenarnya lebih banyak daripada pencen mereka,” ujarnya menerusi Facebook.

Sebagaimana diceritakan Hoda, dia tidak membeli rumah seperti kebanyakan orang lain kerana lebih selesa menyewa sahaja.

Katanya lagi, sekiranya mampu membeli kenderaan sendiri adalah lebih baik untuk memiliki sebuah lori kecil berbanding trak pikap atau kereta jenama luar negara.

“Saya ada lori jenama Isuzu berusia 7 tahun, sudah habis bayar. Saya gunakan untuk buat pajak upah angkut sayur dari Cameron Highland, Pahang ke pasar borong.

“Saya juga ada satu tapak pasar yang diusahakan anak sedara sendiri. Apa yang saya nak kongsikan dekat sini belilah lori.

“Walaupun tak glamour tapi boleh buat duit sampai 20 tahun. Jangan beli rumah tapi belilah tapak pasar. Pembelian itu tidak terikat dengan interest (faedah) bank dan boleh buat duit setiap hari,” ujarnya.

Tambah Hoda kaedah pengurusan kewangan itu merupakan tip yang dikongsikan seorang lelaki Cina kepadanya.

Katanya, lelaki berkenaan merupakan seorang peniaga taugeh di sebuah pasar di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Lelaki kongsi tip jadi kaya, hidup mengalahkan orang kerja kerajaan, setiap hari duit masuk RM200

Rata-rata netizen memuji dan berterima kasih kepada individu berkenaan kerana tidak lokek berkongsi tip bermanfaat untuk kesenangan bersama.

“Untuk pembelian lori dan tapak berniaga tu saya setuju.

“Mantap! Saya suka orang-orang yang ada minda untuk memajukan diri bukan rasa cukup dengan apa yang ada.

“Terbaik. Masing-masing punya bahagian. Yang pesara kerajaan ada kelebihan lain pula. Kita raikan semua… tak perlu nak bandingkan,” demikian antara komen netizen.

Baca Lagi: Ada beza ‘guna sebelum’ dan ‘baik sebelum’ tarikh luput barang ramai keliru