Realtime website trackingweb stats

Herba 4 sekawan kena ada, barulah ayam masak merah terlajak sedap & padu

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Ayam masak merah adalah hidangan yang sering dihidangkan dengan majlis perkahwinan.

Terdapat pelbagai versi ayam masak merah, tetapi versi kampung tetap menjadi kegemaran ramai.

Mari kita cuba resepi ayam masak merah ala kampung yang dikongsi oleh Liza Idris.

Herba 4 sekawan kena ada, barulah ayam masak merah terlajak sedap & padu

Hidangan ayam istimewa ini tidak hanya sesuai untuk hari istimewa, tetapi juga boleh dinikmati pada hari-hari biasa dan juga majlis rumah terbuka.

Bahan utama:

• 1/2 ekor ayam digoreng bersama garam kunyit

Bahan dikisar:

• 1 biji bawang besar
• 3 ulas bawang putih
• 10 tangkai cili kering

Bahan sos:

• 3 sudu besar sos cili
• 2 sudu besar sos tomato
• 2 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar kicap
• 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
• Herba 4 sekawan

Cara membuat:

1. Tumiskan semua bahan yang telah dikisar.

2. Letakkan herba empat sekawan ke dalam kuali.

3. Campurkan sos cili, sos tomato, sos tiram, dan kicap. Gaul rata.

4. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.

5. Masukkan potongan ayam yang telah digoreng sebelum ini.

6. Terakhir, tambahkan bawang besar yang dipotong bulat-bulat.

7. Masak sebentar dan angkat. Hidangkan.

Baca:

‘Harap beri kepada Palestin tapi beli emas 131 kg’ – Lelaki ini rupanya dah lama persoal kekayaan Abdullah Zaik

Penganalisis dedah Toyota dan Perodua bakal keluarkan dua model SUV baharu

PDRM minta penunggang dan pemandu tampil buat laporan langgar cermin sisi kereta