Hentikan tahanan tak berperikemanusian – Etnik Rohingya merayu

Oleh ABDULLAH HAMID

Hentikan tahanan tak berperikemanusian – Etnik Rohingya merayu. Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara yang pemurah dan berhati mulia dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada golongan yang memerlukan. Namun, kemurahan hati ini tidak seharusnya dijadikan tiket percuma untuk membanjiri negara dengan pelarian asing, terutamanya apabila jumlah mereka semakin tidak terkawal.

Menurut laporan pada tahun 2022, Malaysia kini menjadi antara negara utama yang menampung pelarian dari lebih 50 buah negara. Para pakar sosial memberi amaran, sekiranya isu ini tidak ditangani dengan segera dan bijaksana, ia berpotensi mencetuskan konflik sosial yang serius.

Majoriti pelarian ini datang daripada etnik Rohingya dan Myanmar, di mana sebahagian daripada mereka telah ditahan di pusat tahanan imigresen atas pelbagai alasan — termasuk kemasukan haram, masalah kesihatan dan pelanggaran sosial yang boleh mengancam keselamatan negara.

Hentikan tahanan tak berperikemanusian - Etnik Rohingya merayu

Lebih mencuri perhatian, beberapa video tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan sekumpulan pelarian Rohingya merayu simpati agar dibebaskan dari tahanan. Video berkenaan memaparkan lelaki warga emas, wanita dan kanak-kanak dalam keadaan pilu, merintih dalam bahasa mereka sambil menyebut nama Malaysia dan UNHCR berulang kali.

Lebih mengejutkan, mereka turut memegang kain rentang yang tertulis:
“Bebaskan Rohingya Sekarang. Hentikan Tahanan Tidak Berperikemanusiaan”
— lengkap dengan logo bendera Malaysia.

Situasi ini menimbulkan pelbagai reaksi panas daripada rakyat tempatan. Ramai netizen tampil menyuarakan rasa tidak puas hati, mempersoalkan kewajaran permintaan untuk dibebaskan tanpa dokumen sah, dan mendesak kerajaan agar tidak lagi menjadi ‘tempat berteduh percuma’.

Beberapa komen daripada netizen menggambarkan kekecewaan yang mendalam:

“Apa kaitan korang dengan Malaysia? Cuba cari negara lain, jangan semua nak sandar pada kami.”

“Tolonglah kerajaan, hentikan kemasukan pelarian. Rakyat sendiri pun makin susah.”

“Kenapa tak cari perlindungan di negara yang lebih dekat seperti Bangladesh atau India? Kenapa mesti Malaysia?”

Bukan setakat itu sahaja, ada juga yang mempersoalkan kenapa setiap kali isu pelarian dibangkitkan, Malaysia sering menjadi pilihan utama — walaupun negara ini tidak pernah menandatangani perjanjian rasmi dengan UNHCR.

Lebih membimbangkan, wujud dakwaan bahawa kehadiran terlalu ramai pelarian telah membawa kepada peningkatan masalah sosial. Malah, segelintir daripada mereka didakwa sudah “besar kepala”, berani melanggar undang-undang negara seolah-olah tidak menghormati tanah yang memberi mereka perlindungan.

BACA JUGA :

Hadiah hari guru paling bernilai, bekas pelajar kumpul RM2 juta beli bas, surau baharu untuk sekolah

Jika saya jadi Perdana Menteri lagi..

BN tolak kerjasama dengan parti ‘musang berbulu ayam’