Tiada penyakit cari penyakit, orang cakap. Begitulah aksi ‘luar biasa’ seorang pemuda apabila selamba ketuk cermin kereta peronda polis.
Dia hanya nak beritahu sudah pakai helmet tetapi tanpa sedar ada lagi yang masih belum lengkap.
“Side mirror takde!” selamba balas seorang anggota polis selepas cermin kereta peronda dinaikinya diketuk lelaki bermotor itu.
“Kena juga ke?” tanya kembali lelaki berbaju biru itu.
Serentak itu, dia diminta polis terbabit supaya parking tepi dan tunjukkan kad pengenalan.
“Helmet dah ada, side mirror dah ada. Kalau kena lagi lepas ni, mungkin otak lah yang takde agaknya.
“Lawak jugak content dia. Helmet ingat nak pakai, tapi cermin sisi lupa nak pasang,” respon netizen.
Namun, dalam masa sama ada yang jenis ‘pembaris’ beria-ia pula mengecam lelaki dalam rakaman video yang difahamkan sekadar ‘content’ di media sosial.
Justeru, dia yang tergamak panggil ‘bengap’ telah diingatkan oleh warganet lain bahawa tidak ambil serius dengan paparan ‘content’ tersebut.
Dalam masa sama ada yang terimbas kembali kenangan melucukan ketika mereka masih baru mendapat lesen motor.
“Teringat zaman mula-mula dapat lesen. Carilah roadblock. Tak pasal-pasal sangkut pasal lain,” kata seorang pengguna Facebook pula.
Baca:
Untungla penjawat awam, baru dapat RM2,000 dapat lagi duit raya RM500
Harga tapak cekik darah punca peniaga bertindak sebegitu
Pernah viral ‘disaster girl’, kini meme senyum sinis budak ini terjual RM2 juta