Satu konsert yang didakwa turut menghidangkan arak heboh diperkatakan di media sosial. Aksi kumpulan penonton gig skinhead itu khayal mengikut muzik keras juga mengejutkan orang ramai.
Tambah mengejutkan warganet apabila terpampang perkataan ‘DUN Paloh’ pada kain rentang berwarna merah dan hitam di pentas itu.
Mengikut maklumat tertera juga, gig itu diadakan pada 23 September lalu.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Paloh merupakan antara 45 kawasan DUN di Kelantan yang terletak di bawah Parlimen Gua Musang.
Seorang penduduk tempatan, Amdan Ali mengesahkan acara gig itu memang benar berlaku di kampungnya itu.
Dakwanya, penduduk kampung juga heboh apabila mengetahui dewan yang kumpulan tersebut sewa rupa-rupanya bagi tujuan konsert itu.
Padahal, penduduk difahamkan sewaan dibuat untuk jualan pakaian terpakai.
“… dengar-dengar dengan botol-botol arak ada situ orang kampung ni cakap,” katanya dalam ruangan komentar sebagai reaksi kepada perkongsian video itu di Facebook Iswardy Morni Utama.
Amdan juga memberitahu pihak penganjur gig itu telah ditahan pihak berkuasa susulan laporan daripada penduduk kampung terbabit.
Baca:
Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar
Pelik peniaga gerai ini, tak mahu tauge pula kena caj, pelanggan anggap tak masuk akal
Kereta wira diubah jadi kereta Batman, kos cecah RM100,000, siap pintu hidraulik dan autopilot