Realtime website trackingweb stats

Heboh di media sosial Putera William didakwa beragama Islam?

Oleh NUR KASIH

Berita tentang Putera William sudah menganut Islam telah mencetuskan pelbagai spekulasi dan kejutan di media sosial.

Maklumat mengenai Putera William yang akan menjadi Raja England yang telah memeluk Islam ini tersebar melalui akaun TikTok british_daily.

Dalam video yang telah ditonton lebih dari 1 juta pengguna, Putera William dan isterinya, Kate Middleton, nampak terlibat dalam beberapa aktiviti bersama pemimpin agama Islam.

Heboh di media sosial Putera William didakwa beragama Islam 01

“Putera William didakwa beragama Islam,” demikian narasi unggahan video tersebut.

Dalam rakaman video itu, Putera William turut terlibat dalam sesi perbincangan melalui aplikasi Zoom bersama beberapa individu.

Beliau juga bertanya khabar dengan mengucapkan “Assalamualaikum” dalam bahasa Arab.

Selepas itu, Putera William mengunjungi masjid serta masyarakat Islam.

Beliau turut menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pemimpin agama Islam.

Berita yang mendakwa Putera William memeluk Islam telah menjadi tumpuan media di Britain dan menjadi topik yang hangat dibincangkan di platform media sosial.

Bagaimanapun, Istana Buckingham sehingga kini tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi menafikan atau mengesahkan dakwaan tersebut.

Untuk pengetahuan, Putera William berpendirian tegas ingin menamatkan konflik antara Israel dan Hamas, dikatakan kini ditambah pula dengan laporan mengenai lawatannya ke masjid dan masyarakat Islam telah menambahkan lagi spekulasi mengenai agamanya.

Bagaimanapun, tumpuan orang ramai sering tertumpu kepada kesan politik dan reputasi putera raja dan keluarga diraja British jika ia benar sudah memeluk Islam.

Baca:

Remaja ini jadi individu pertama di Malaysia dapat Lesen ‘P’ eTesting JPJ

Orang yang pertama kali nak buat umrah boleh ikuti panduan ini sebagai langkah berjaga-jaga

Penyata akaun KWSP ketua keluarga ini buat netizen tergamam, umur masih muda tapi sudah ada 7 angka