Realtime website trackingweb stats

‘Harta paling bernilai..’ Ini sebab Kod K dan H pada kad pengenalan orang Borneo

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Jika dilihat pada MyKad, antara petunjuk yang menunjukkan negeri asal seseorang adalah nombor di tengah-tengah nombor kad pengenalan mereka.

Contohnya, jika anda berasal dari Kuala Lumpur, kod tempat kelahiran adalah 14, 54, 55, 56, dan 57.

Bagi mereka yang berasal dari Pulau Pinang, kodnya ialah 07, 34, dan 35.

Namun, tahukah anda bahawa bagi mereka yang berasal dari Sabah dan Sarawak,

kad pengenalan mereka sedikit berbeza dari orang Semenanjung kerana terdapat huruf khas di hujung kad?

'Harta paling bernilai..' Ini sebab Kod K dan H pada kad pengenalan orang Borneo

Huruf K untuk Sarawak dan H untuk Sabah

Perkongsian seorang pengguna Twitter @/yarafee_ baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila dia memaklumkan bahawa kad pengenalan orang Sarawak mempunyai huruf kecil ‘K’ di sebelah kanan, manakala kad pengenalan orang Sabah mempunyai huruf ‘H’.

Huruf-huruf ini adalah keistimewaan yang menunjukkan pemegang kad pengenalan ini merupakan anak jati Sabah dan Sarawak.

Selain itu, status kerakyatan sebenar bagi negeri-negeri ini bukan ditentukan oleh kod negeri di tengah nombor kad pengenalan, tetapi oleh kehadiran huruf tersebut pada MyKad, yang berfungsi sebagai pasport untuk mendapatkan keistimewaan, terutama dalam urusan imigresen.

Sekiranya orang Semenanjung ingin memasuki dua negeri ini, mereka juga perlu mempunyai pasport atau pas lawatan sosial selama 90 hari.

Menurut sumber, huruf K dan H diambil dari huruf terakhir nama kedua-dua negeri tersebut:

Sabah = H
Sarawak = K
Huruf-huruf ini juga menandakan bahawa Sarawak dan Sabah masing-masing merupakan wilayah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada point 18/20.

Tweet tersebut juga menjelaskan bahawa tidak semua yang lahir di Sarawak akan mendapat kad pengenalan dengan tanda K. Menurut ILoveBorneo, untuk mendapatkan tanda K, ibu bapa pemilik MyKad atau salah seorang daripada ibu bapa mestilah anak jati Sarawak.

Jadi, jika ada yang merancang untuk berkahwin dengan orang Sabah atau Sarawak, nantikanlah anak anda yang pasti akan memiliki kad pengenalan dengan huruf H atau K!

BACA: Terpaksa tebuk tiga lubang diperut, rupanya Dato Awie menghidap penyakit ini