Realtime website trackingweb stats

‘Harga pergi Tel Aviv balik hari’ – Ayam goreng kunyit di Langkawi boleh cecah RM20!

Oleh ADINDA

Berbelanja di Langkawi terutamanya di Pantai Chenang sejak beberapa tahun lalu lagi dikatakan ibarat harga pergi Tel Aviv balik hari.

Namun, tahun baharu 2024 ini pun nampaknya peniaga khususnya pemilik kedai makan tetap berdegil mengenakan harga makanan yang melampau mengalahkan kafe hotel lima bintang.

Mana tidaknya, masakan ayam goreng kunyit untuk sebekas saja dikenakan sampai RM20 selain air kosong pun tergamak dicaj RM1.

'Harga pergi Tel Aviv balik hari' - Ayam goreng kunyit di Langkawi boleh cecah RM20!

Harga cekik darah ini dikongsikan Hada Jais yang bersetuju dengan tanggapan umum selama ini bahawa harga makanan di Langkawi terlalu mahal.

“Patutlah orang luaq kata Langkawi mahai. Hampa rasa baloi ka kena harga macam ni?

“Nasi putih RM3, ayam goreng kunyit macam tu saja sorang makan RM20 ringgit. Air kosong RM1, naya kena 24 ringgit,” katanya.

Tanpa memberitahu nama premis makanan, dia hanya memuatnaik gambar kedai makan yang katanya di lokasi sekitar Chenang.

'Harga pergi Tel Aviv balik hari' - Ayam goreng kunyit di Langkawi boleh cecah RM20!

“Jangan hampa terkena sudah😆 Jangan kecamm, nak kecam pun ikut suka hampa lah.

“Aku post ni sebab rasa tak puas hati harga ayam goreng kunyit dia,” katanya lagi di laman Facebook Langkawi Sana Sini.

Sumber: Shafiq Aizzat

Baca:

Miliki kenderaan bernilai RM23.2 bilion, ini antara 3 koleksi kereta super mewah Sultan Brunei dengan harga cecah ratusan juta

Bukan Chef Wan yang bayar gaji, rupanya hanya terlibat dalam kualiti makanan saja

Selepas lebih 3 tahun orang sibuk bertanya, ini sebabnya Uqasha Senrose sekarang gembira