Harga barang yang semakin lama semakin mahal boleh membebankan rakyat. Ini kerana pihak yang tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menaikkan harga demi meraih keuntungan sendiri.
Terdapat pelbagai alasan yang bersilih ganti seperti bekalan tidak mencukupi, berlakunya kenaikan harga minyak, kenaikan harga bahan mentah atau makanan haiwan penternakan, kejatuhan nilai mata wang serta ketidakstabilan keadaan ekonomi negara dan dunia.
Contohnya, semasa waktu perayaan pembekal dan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga bekalan ayam sesuka hati walaupun kerajaan sentiasa menetapkan harga siling.
Pihak yang tidak bertanggungjawab perlu hentikan perbuatan menganiaya dan membuli pengguna. Kita mahu kerajaan mengambil tindakan lebih tegas dan mengawal harga barangan pada setiap rantaian bekalan, iaitu bermula dari pembekal dan pemborong hinggalah ke peniaga akhir.
Baharulah kita dapat mengawal harga sesuatu barangan itu secara keseluruhannya.
https://www.youtube.com/watch?v=MsNs72a3SdM