Realtime website trackingweb stats

Hanya di Kelantan. Kerana berseluar pendek, wanita bukan Islam disaman

Oleh ADINDA

Hanya di Kelantan. Kerana berseluar pendek, wanita bukan Islam disaman. Wanita bukan beragama Islam itu didenda di Kelantan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana memakai seluar pendek paras lutut di tempat awam.

Negeri Kelantan yang dipimpin oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) sangat mementingkan bab penjagaan aurat terutamanya dalam kalangan masyarakat beragama Islam.

Golongan wanita di Kelantan tidak dibenarkan untuk mengenakan pakaian seksi yang mendedahkan aurat di mana peraturan sama juga dikenakan buat kaum lelaki.

Di bawah Seksyen 34 Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian 2019, pemilik perniagaan beragama Islam dan bukan Islam perlu memastikan mereka berpakaian sopan semasa bekerja.

Hanya di Kelantan. Kerana berseluar pendek, wanita bukan Islam disaman. Wanita bukan beragama Islam itu didenda di Kelantan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana memakai seluar pendek paras lutut di tempat awam.

Semalam (25 Jun), seorang wanita bukan beragama Islam telah didenda oleh pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) gara-gara tindakannya memakai seluar pendek pada paras lutut yang dianggap tidak senonoh.

Wanita tersebut telah ditemui oleh pegawai MPKB sekitar jam 11:10 pagi ketika berada berhampiran Mentari Collection House.

Berdasarkan notis denda yang dikeluarkan, wanita berkenaan didapati melakukan kesalahan di bawah 34(2)(b) Undang-undang Kecil Perniagaan dan Perdagangan Perindustrian MPKB 2019.

Perkara ini mula menjadi perhatian ramai selepas satu ciapan dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter.

Wanita bukan beragama Islam itu diberikan tempoh sehingga tujuh hari untuk menyelesaikan pembayaran denda berkenaan.

Hanya di Kelantan. Kerana berseluar pendek, wanita bukan Islam disaman. Wanita bukan beragama Islam itu didenda di Kelantan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) kerana memakai seluar pendek paras lutut di tempat awam.

Netizen Mempersoalkan Undang-undang Tersebut Yang Dahulu Didakwa Tidak Terpakai Kepada ‘Non-Muslim’

Susulan isu golongan bukan beragama Islam yang didenda kerana memakai seluar pendek, ramai netizen di media sosial mempersoalkan perkara tersebut.

Ini kerana undang-undang terbabit dahulunya dikatakan tidak terpakai kepada individu bukan beragama Islam dan hanya melibatkan masyarakat beragama Islam sahaja.