Realtime website trackingweb stats

Hadis dhaif jadi alat propaganda kerajaan

Oleh ADINDA

Tular di kalangan pengguna laman sosial Facebook sebuah hantaran yang di muat naik page rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memuat naik sebuah potongan hadis berkaitan “Sultan merupakan bayangan Allah di bumi”

Posting di Facebook rasmi JAKIM

Setelah diteliti para ilmuan, hadis berkenaan dikelaskan sebagai hadis dhaif atau hadis lemah yang mana kedudukan hadis ini tidak boleh digunakan sebagai hujah hukum dan beramal.

Dalam pencarian sumber juga, didapati laman web Mufti Wilayah Persekutuan pada tahun 2018 sendiri pernah mengeluarkan artikel berkenaan hadis ini dan juga mengakui ianya dhaif dengan kesimpulan, hadith yang menyatakan bahawa pemerintah adalah bayangan Allah adalah dhaif dan makna hadith ini menunjukkan bahawa pemerintah mempunyai kedudukan yang istimewa berbanding rakyat yang berada di bawahnya.

Sebelum itu pada tahun 2016, laman web Mufti Wilayah Persekutuan turut pernah memuat naik jawapan berkenaan persoalan hadis dhaif yang bertajuk “Hadith Dha’if : Hukum Berhujah Dan Beramal Dengannya”

Dan Mufti Wilayah Persekutuan ketika itu yang juga Menteri Agama pada hari ini turut memuatkan pendapat hadith dha’if tidak boleh diamalkan atau dijadikan hujah di dalam hukum dan juga fadhail al-‘Amal.

“Kedua : Hadith dha’if tidak boleh diamalkan atau dijadikan hujah di dalam hukum dan juga fadhail al-‘Amal. Ini pula merupakan pendapat Yahya bin Ma’in, al-Bukhari, Muslim, Ibn Hazim dan ramai lagi.”

Darpada komen-komen netizen dan pengguna Facebook di ruangan komen posting di page JAKIM itu, jelas kelihatan rata-rata menzahirkan kekeliruan atas poster hadis tersebut dan mempersoalkan kewajaran dikongsi posting seumpama itu di saat suasana lock down dan pandemik Covid-19 ini.

Seorang pengguna Facebook bernama Muhamad Zulkarnain Jamaluddin meninggalkan komen,
“Kalau tanya dekat mana boleh tengok audit perbelanjaan istana, adakah ia dikira menghina?
Kalau tanya, macam mana tanah rezab hutan dan pulau boleh digondolkan, dibuat pembalakan dan golf, adakah ia dikira menghina Sultan?”
Beliau membangkitkan persoalan “Kalau hadith ini kuat, Kenapa lah Saidina Abu Bakar r.a & Umar r.a tidak gunakan hadith ini bila ada rakyat lain yang cross check & nak muhasabah mereka?”

Seorang lagi pengguna Facebook bernama Khairul Anwar K-a turut mempersoalkan kewajaran posting tersebut,
“disaat rakyat tgh sengsara dgn covid, JAKIM pula cuba bermain dengan isu semasa dan beri peringatan hanya kepada pihak bawahan sahaja, kalaupun nak kaitkan dgn yg berlaku pasal isu emak artis tu, teruslah direct hantar ke dia
tak salah peranan Jakim utk menegur, tetapi bila pendirian Jakim untuk berkait dengan isu semasa, cuba selarikan untuk semua level juga”
“dah skrang Jakim keluarkan hadis pasal rakyat, apa kata keluar pulak hadis kesan pemimpin yg zalim, mengambil rasuah, berebut jawatan, mementingkan diri bila berjawatan dari rakyat jelata.. tuju juga kepada individu yg memegang jawatan kerajaan atau pembangkang mahupun bertakhta atau lebih dikenali sebagai golongan kayangan, tegur biarlah adil pukul rata semua”

Dalam masa yang sama Menteri Agama Senator Dr. Zulkifli Albakri yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan menyatakan sikap berlepas tangan daripada tindakan itu dan seolah-olah menyalahkan netizen serta orang ramai yang tidak mahu membaca dan  tidak memahami hal tersebut.

Menteri Agama seolah-olah bersikap lepas tangan
Menteri Agama turut menyalahkan netizen kerana seolah-olah tidak membaca dan mencipta persepsi