Realtime website trackingweb stats

Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda

Oleh SHAZLIN AZIZ

Baru-baru ini, nama Sofyank semakin dikenali di kalangan kita kerana beliau telah mencipta video-video kreatif yang menarik perhatian ramai.

Beliau telah menaikkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa dengan karya kreatifnya.

Sofyank kini dianggap sebagai contoh yang baik untuk anak muda dan negara kita.

Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda

Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim baru-baru ini memaparkan mural Sofyank bersama dengan wajah pakar-pakar teknologi dunia.

Seorang guru di sekolah tersebut mengatakan mural itu hasil daripada kerja keras beberapa guru praktikal dari UPSI dan kakitangan sekolah yang lain.

Puan Marziah turut memuji usaha guru-guru praktikal tersebut dalam menyiapkan lakaran awal mural melalui hantaran di Facebook.

Mereka berjaya melukis mural ini dalam masa dua minggu sahaja dengan bekerjasama bersama.

Cerita tentang bagaimana idea ini tercetus, pada mulanya, banyak idea dicadangkan oleh guru-guru praktikal tetapi atas beberapa sebab, semua idea terpaksa ditolak.

Kebetulan mereka melihat salah satu video yang dihasilkan oleh Sofyank.

Melalui video tersebut, mereka mendapat idea untuk melukis karya mereka di dinding makmal komputer itu.

Mungkin ada yang ingin tahu, mengapa potret Sofyank diletakkan sebaris dengan pakar-pakar teknologi terkemuka di dunia.

Bagi mereka, pencipta kandungan asal Kelantan itu merupakan contoh anak muda yang boleh menjadi inspirasi kepada murid-murid pada zaman sekarang.

Guru lukis mural Sofyank di dinding sekolah, layak dilabel sebagai contoh yang baik untuk anak muda

Selepas melihat gambar dirinya diabadikan dalam mural tersebut, Sofyank, atau nama sebenarnya Muhammad Sofian Abdullah, merasa sangat terharu kerana dijadikan inspirasi untuk generasi muda.

“Allahuakbar, cantiknya mural art ni, tak pernah terlintas dalam diri ni untuk jadi satu karakter yang dilukis di dinding mural.

‘Terima kasih banyak-banyak cikgu dan semua yang terlibat sekali kerana sudi menjadikan karya saya sebagai sumber inspirasi kepada murid-murid yang lain walaupun apa yang saya buat sekadar content hiburan di media sosial sahaja,” katanya.

Beliau juga menyatakan bahawa beliau akan terus mencipta lebih banyak bahan untuk semua orang jika ia memberikan manfaat kepada semua.

Beliau juga bersedia menerima kritikan dan memperbaiki bahan tersebut jika ia memberi kesan yang negatif.

Baca:

Menangis bawah kaunter sambil mencarut menyesal kerja F&B, ‘customer’ yang jenis berlagak patut insaf

Temui ajal di gelanggang, rupanya anak muda ini sanggup tolak beberapa ke universiti demi silat

‘Video itu bukan ‘content’ yang dibuat untuk mencari perhatian’, Hafiz tampil bersuara selepas teruk dikecam