Realtime website trackingweb stats

Gunung ke-2 dan ke-4 tertinggi di Semenanjung ‘hanya’ bersebelahan, tapi pendaki ini tempuhi pengalaman amat mendebarkan

Oleh ADINDA

Gunung ke-2 dan ke-4 tertinggi di Semenanjung ‘hanya’ bersebelahan, tapi pendaki ini tempuhi pengalaman amat mendebarkan. Ketika hasrat memeluk Korbu dan Gayong menggunung, maka biarkanlah usaha dan doa bertarung.

Pendakian 2 hari 1 malam anjuran Ajul Adventura Empire yang memang menguji semangat dan kudrat kami sebelum ‘cuti panjang’ masuk hutan sempena bulan Ramadan nanti.

Korbu ini gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia selepas Gunung Tahan. Tingginya 2,183 m. Korbu juga puncak tertinggi Banjaran Titiwangsa.

Gayong pula gunung keempat tertinggi di Semenanjung. Hanya kurang 10 m daripada puncak Korbu.

Jadinya, Korbu dan Gayong (singkatan dua gunung ini dipanggil KorGa) yang sebelah-menyebelah saja adalah G7 (7 gunung tertinggi di Semenanjung dengan ketinggian lebih 2,000 meter) ketiga dan keempat kami selepas Gunung Yong Yap dan Gunung Yong Belar di Kelantan.

Gunung ke-2 dan ke-4 tertinggi di Semenanjung 'hanya' bersebelahan, tapi pendaki ini tempuhi pengalaman amat mendebarkan. Ketika hasrat memeluk Korbu dan Gayong menggunung, maka biarkanlah usaha dan doa bertarung.

Tapi KorGa yang letaknya di Perak ini pengalaman kali pertama kami bawa beban/beg besar ‘gedabak’ sehingga 10 kg juga pengalaman pertama kami bermalam di hutan.

Kami mula mendaki Sabtu (26 Mac), jam 9.30 pagi selepas selesai segala urusan dan semakan dokumen dengan Pejabat Perhutanan. Selepas 1 jam 20 minit brmandi peluh merentas denai memikul beg besar, kami dapat ‘hadiah’ di Air Terjun Balak. Punyalah seronok berendam. Habis hilang letih.

Perjalanan kemudiannya diteruskan sehinggalah tiba di Kem Seroja jam 1 petang dengan kawasan lapang di tepi sungai sudah padat dengan khemah peserta dari kumpulan lain.

Malim gunung atau jurupandu arah (guide) profesional kami beri pilihan sama ada peserta mahu bermalam dan tinggalkan beg besar di sini.

Jadi, bolehlah rehat panjang dan tidaklah perlu membawa beg berat menuju ke Korbu. Ruang kosong yang masih berbaki di Kem Seroja boleh lagi didirikan khemah, katanya, jika disusun rapi.

Gunung ke-2 dan ke-4 tertinggi di Semenanjung 'hanya' bersebelahan, tapi pendaki ini tempuhi pengalaman amat mendebarkan. Ketika hasrat memeluk Korbu dan Gayong menggunung, maka biarkanlah usaha dan doa bertarung.

Tapi suara majoriti peserta yang padu dan lebih muda daripada kami mahu laju dan cepat teruskan perjalanan walaupun awal-awal kami bertiga dan beberapa peserta lain rasa pilihan guide untuk bermalam saja di Kem Seroja dan awal pagi meneruskan perjalanan ke puncak Korbu adalah lebih baik.

Maka, bersambunglah azab kami memikul beban dari Kem Seroja bermula jam 2 petang sambil melayan genangan selut, berpaut pada juntaian akar serta melonjak atau membongkokkan badan dengan beg besar gedabbak itu untuk melepasi balak tumbang.

Selepas 5 jam merentas denai dan memanjat dengan ada yang menegak hampir 90 darjah, kami akhirnya tiba di Puncak Botak pukul 7 malam. (Ada cerita pasal perangai manusia malam di Puncak Botak, esoklah saya sambung cerita) 😅

Esok paginya (27 Mac) jam 5 pagi, kami mula bergerak menuju ke puncak Chuban, terus ke Korbu Raya dan tiba di puncak Korbu jam 6.40 pagi. Selepas itu, kami meneruskan pendakian menuju ke Gunung Gayong.

Gunung ke-2 dan ke-4 tertinggi di Semenanjung 'hanya' bersebelahan, tapi pendaki ini tempuhi pengalaman amat mendebarkan. Ketika hasrat memeluk Korbu dan Gayong menggunung, maka biarkanlah usaha dan doa bertarung.

Kalungan lukisan alam dengan puncak Korbu disinggahi awan jadi penawar letih mendaki dan mengharung lumpur. Banjaran Titiwangsa – tulang belakang Semenanjung – dengan berbalam gunungnya sungguh jadi terapi jiwa.

Sambil menghayati lukisan alam itu, saya teringat rangkap pantun dalam lagu Kaparinyo:

“Semenjak lembah bertambah dalam
nampaknya gunung tinggi bertuah
semenjak sejarah Hawa dan Adam
alam berkembang berubah-ubah.”

Dalam perjalanan turun dari Korbu pula, kami bertiga dan empat lagi peserta perlu meredah beberapa sungai berarus deras waktu malam yang serentak pula dengan hujan lebat bermula jam 7.10 malam.

Sudahlah gelap. Hujan pula! Inilah cabaran bagi orang bermata empat seperti saya. Cermin mata bukannya macam cermin kereta ada pengelap!

Dengan keadaan jalur pendakian dibasahi hujan, nyaris saya dua kali tidak menggelongsor ke dalam gaung dan sungai deras ketika menempuh lereng dan tebing licin dengan cermin mata bermandi hujan. Hanya Allah Maha Besar jadi penyelamat.

Kami juga mujur tidak sesat akibat beberapa simpang yang mengelirukan selain sambungan jalur yang sukar dikesan sama ada perlu menyusuri tebing sungai atau merentas atau treknya terlindung bongkah besar batuan sungai.

Akhirnya, jam 8.40 malam, lengkaplah sudah misi pendakian KorGa pergi balik kami. Alhamdulillah. Pengalaman G7 kami yang ekstrem selepas Yong Belar ini jadi kenangan berharga kami hingga akhir hayat.

Baca:

Untunglah penjawat awam zaman Malaysia Madani ni, 10 Ogos nanti kerajaan beri RM300

Dari dunia artis ke politik, ini alasan penyanyi rap ‘hoi ya hoi’ buat ramai menyokong

Lebai buat posting ‘bod@h’ nak cerai bini talak 3 bulan Ogos ini, lepas enam bulan bagi alasan akaun kena hack.