Realtime website trackingweb stats

Guna seterika je nak hapuskan pepijat pada tilam, ini caranya

Oleh FATIN AQILAH

Tilam sering menjadi tempat pembiakan pepijat. Jika badan anda ditimpa bintik merah dan bengkak, adalah bijaksana untuk memeriksa tilam anda.

Tidak mustahil bahawa pepijat telah berkembang biak di celah-celah lipatan tilam.

Masalah pepijat ini perlu diselesaikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih teruk.

Jika anda telah mencuba pelbagai semburan yang tidak berkesan dan tidak mempunyai modal untuk membeli tilam baru

Anda boleh mencuba tip yang dikongsi oleh pengusaha kawalan serangga, Khairun Naim, untuk membasmi pepijat sendiri.

Guna seterika je nak hapuskan pepijat pada tilam, ini caranya

Jika masalah pepijat di rumah terhad kepada tilam sahaja, terdapat cara untuk menghapuskan pepijat ini tanpa perlu mendapatkan khidmat kawalan serangga.

Cara yang berkesan adalah dengan menggunakan seterika, atau lebih baik lagi, seterika wap atau iron steam.

Pepijat adalah sangat sensitif terhadap suhu tinggi. Sekiranya anda menggunakan semburan kimia, ia mungkin tidak berkesan kerana lapisan telur pepijat menghalang tindak balas bahan kimia. Tetapi dengan suhu tinggi, pepijat ini boleh dimatikan.

1. Gosokkan seterika pada suhu panas ke atas tilam.

2. Pastikan anda menggosokkan seterika ke semua bahagian tilam, terutama di celah-celah lipatan, di mana telur pepijat biasanya terdapat.

Cara ini boleh membantu mengatasi masalah pepijat di tilam dan katil tanpa perlu mendapatkan khidmat kawalan serangga. Lakukan beberapa kali sehingga semua pepijat mati.

BACA: Tak sampai 10 tahun pencen, pesara kongsi kisah bagaimana duit KWSP RM750,000 boleh habis