Realtime website trackingweb stats

Guna panadol je boleh hilangkan kesan terbakar pada seterika ramai tak tahu

Oleh NURAIMAN

Khuatir bakal merosakkan pakaian, pengguna lebih cenderung untuk membeli seterika baharu setelah ia dicemari dengan kekotoran.

Sering dikotori dengan kesan hangus pakaian, pengguna seharusnya berusaha mencucinya terlebih dahulu sebelum membuang seterika lama.

Masih boleh dipakai sekiranya dapat berfungsi dengan baik, ini adalah petua berkesan untuk menghilangkan kotoran pada seterika hingga licin berkilat.

1. Panadol Soluble

Boleh menghilangkan selesema, siapa sangka, Panadol Soluble juga mampu membantu menghapuskan kesan hangus dengan cepat.

Mula-mula, anda perlu memanaskan seterika dan basahkan panadol dengan sedikit air.

Guna panadol je boleh hilangkan kesan terbakar pada seterika ramai tak tahu

Kemudian, gosokkan panadol tersebut pada kesan kekotoran.

Bagi mengelakkan kecederaan, panadol perlu dipegang dengan alatan yang sesuai seperti gunting supaya seterika panas tidak terkena pada tangan.

Apabila tindak balas berlaku dan kesan hitam mula tanggal, anda boleh lap permukaan seterika dengan menggunakan kain lain.

2. Garam

Mudah didapati, bahan masakan iaitu garam juga boleh membantu menghilangkan kekotoran dengan bantuan surat khabar.

Sebelum panaskan seterika, pengguna perlu meletakkan garam di atas surat khabar terlebih dahulu.

Setelah panas, gosokkan seterika pada garam sehingga permukaannya kembali berkilat seperti baru beli di kedai.

Baca juga: Nampak kaya hidup senang banyak harta, tapi cara kerja ‘billionaire’ ramai tak sanggup hadap