Realtime website trackingweb stats

Guna lipstick ‘tester’ boleh sebabkan Oral Herpes ramai yang masih tak tahu

Oleh ADINDA

Menerusi video tersebut, doktor berkenaan menasihatkan orang ramai agar mengelakkan daripada berkongsi

sudu, garfu, straw, botol air serta mencuba penguji gincu (lipstick tester) terus ke bibir untuk mencegah jangkitan virus herpes oral.

Kesihatan merupakan salah satu nikmat yang dianugerahkan oleh Allah SWT.

Oleh itu, sebagai hamba-Nya, kita dituntut untuk menjaga kesihatan dengan baik.

Dalam keadaan masa kini, tidak dinafikan terdapat pelbagai penyakit yang menular dan boleh menjangkiti orang ramai.

Guna lipstick ‘tester’ boleh sebabkan Oral Herpes ramai yang masih tak tahu

Sehubungan itu, pelbagai tips dan nasihat kesihatan diberikan oleh pengamal perubatan bagi memastikan orang ramai sentiasa berhati-hati dan kekal sihat.

Dr. Kongsi Mengenai Herpes Oral Jenis 1

Baru-baru ini, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr. Rusydina telah berkongsi beberapa nasihat kepada orang ramai untuk mengelakkan jangkitan Herpes Oral jenis 1.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, seorang pengikut bertanya setelah dijangkiti herpes walaupun tidak pernah melakukan hubungan intim serta tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana individu.

Bimbang dengan perkara itu, dia kemudian bertanya sama ada jangkitan itu boleh sembuh atau virus tersebut akan kekal di dalam badan.
Larangan Berkongsi Sudu, Garfu, Straw atau Penguji Gincu (Lipstick Tester)

Susulan daripada soalan itu, Dr. Rusydina menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi sudu, garfu, straw, atau botol minuman dengan orang lain. Beliau turut menegaskan agar para wanita yang berkunjung ke kedai kosmetik tidak menggunakan alat cubaan (tester) gincu terus ke bibir.

Dia juga berkongsi pengalaman ketika belajar di Australia sebagai pelajar perubatan, di mana dia pernah ditegur oleh jurujual ketika meletakkan penguji gincu pada bibir kerana bimbang dijangkiti herpes oral.

“Virus herpes mempunyai dua jenis: Jenis 1 dan Jenis 2. Jenis 1 biasanya menjangkiti bahagian mulut, sebab itu ia dipanggil herpes oral. Jenis 2 pula sering berlaku di kawasan alat kelamin, jadi ia dipanggil herpes genital.

Adakah herpes jenis 1 masih dikategorikan sebagai Penyakit Kelamin Berjangkit (STD)? Ya, ia masih boleh berjangkit melalui hubungan kelamin.

“Walaupun herpes jenis 1 kebanyakannya berada di mulut, ia juga boleh menjangkiti kawasan alat kelamin, dan dari situ boleh berpindah ke mulut,” ujarnya.

Herpes Jenis 1 Boleh Berjangkit Tanpa Hubungan Kelamin

Dr. Rusydina turut menjelaskan bahawa herpes jenis 1 boleh berjangkit bukan hanya melalui hubungan kelamin tetapi juga melalui cara lain seperti bercium.

“Apa yang perlu kita berhati-hati ialah herpes jenis 1 ini boleh berjangkit dari seorang individu kepada individu lain, bukan sahaja melalui hubungan seksual, tetapi juga melalui cara lain seperti bercium.

Jika seseorang sedang mengalami infeksi yang aktif, ulser atau kemerahan pada bibir, virus itu boleh berpindah melalui penggunaan sudu atau straw yang sama.”

@dr.rusydina Replying to @hardin69 oral herpes ada ubat tak? Saya share tentang herpes simplex virus type 1. Video saya share pasal std tu kat sini @Dr Rusydina #herpes #oralherpes #hsv #hsv1 #herpessimplex #coldsore #medicaltiktok #doctorsoftiktok ♬ original sound – Nhạc Thư Giãn Giảm căng thẳng

Virus Herpes Kekal Dalam Badan

Virus herpes akan kekal dalam badan sebaik sahaja seseorang dijangkiti, meskipun luka atau ulser telah sembuh. Antara simptom awal jangkitan virus tersebut termasuk:

Demam

Sakit kepala

Ulser di bibir atau dalam mulut

Pembengkakan limfa

Tambah Dr. Rusydina, jika seseorang yang pernah dijangkiti virus tersebut mengalami demam atau sistem imun yang lemah, herpes boleh menyerang semula.

Ubat antivirus dan krim antiviral sebagai rawatan untuk kurangkan virus

Kebiasaannya untuk merawat masalah ini, doktor akan memberikan ubat antivirus dan krim antiviral agar ulser dialami cepat baik.

“Fungsi ubat ini adalah untuk mengurangkan virus pada masa itu, namun ia tidak boleh menyingkirkan virus terbabit dari dalam badan.”

Baca Juga: Ramai sangka bila motor langgar kereta tak boleh ‘claim’, sebenarnya ada caranya ramai tak tahu