Realtime website trackingweb stats

Guna kaedah semula jadi pun boleh, ini 5 cara halau semut dari rumah

Oleh SHAZLIN AZIZ

Mungkin anda rasa habis duit saja guna ‘spray’ tetapi nampaknya semut dah imun lantaran masih banyak dalam rumah.

Apa kata guna kaedah semula jadi saja kerana semut paling alergik dengan bahan-bahan yang ada ‘bau’ tertentu ini.

Ini 5 cara boleh anda guna untuk halau semut dari rumah:

1. Kulit buah sitrus

Nanti! Jangan campak dalam tong sampah kulit buah sitrus itu. Kulit limau, oren, lemon, atau mana-mana buahan sitrus lain berkesan halau semut dalam rumah
Selain daripada.

Caranya, letakkan kupasan kulit sitrus itu pada laluan aktif semut atau di dalam kabinet di dapur.

2. Cuka

Ini bahan murah dan berkesan untuk menghalau semut. Ia juga merupakan agen pembersih semula jadi. Semut paling tidak suka bau cuka selepas ia kering.

3. Serbuk lada hitam atau lada merah

Lada hitam atau lada merah (cayenne) adalah penghalang semut semula jadi kerana baunya yang menjengkelkan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk menaburkan serbuk lada ini pada tempat keluar masuk semut.

4. Serbuk kopi

Kopi yang mengandungi vitamin seperti niasin dan mineral seperti kalium dan magnesium rupanya ‘berkhasiat’ juga untuk semut.

Mudah saja mengusir semut menggunakan serbuk kopi. Percikkan saja air kopi pada permukaan kertas dan biarkan di kawasan semut berkumpul seperti mangkuk makanan haiwan peliharaan.

Boleh juga taburkan serbuk kopi pada tempat laluan semut.

5. Kayu manis

Bahan masakan wajib ada di dapur ini memang terbukti amat dibenci semut. Caranya, taburkan saja serbuk kayu manis di laluan semut atau sekitar sarangnya.

Boleh juga campurkan beberapa titis minyak pati kayu manis dengan air dan semburkan pada laluan semut.

Titiskan minyak pati kayu manis pada bebola kapas dan kemudian lekatkan ia pada kawasan bermasalah.

Semut memang alergik bau kayu manis. Selagi baunya kekal, pasti serangga ini serik untuk masuk ke rumah anda lagi.

Baca:

‘Nasib kau lah Wahab’ – Sampai Mami Mas Idayu pun pandai troll nama ‘Wahab’

Konsert Coldplay: “Jangan nak batal macam tu je, semua melibatkan duit”- Ramli MS

Dah makin serius, ada orang nak culik anak Nabila Huda