Keadaan rumah yang teratur dan kemas memberikan rasa tenang kepada penghuninya, terutama ketika beristirahat.
Salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian ialah kebersihan lantai, yang meliputi sebahagian besar kawasan kediaman.
Dalam satu hantaran di laman Facebook oleh Mizs Lynda, terdapat petua untuk menjadikan lantai bukan sahaja bersih, tetapi juga bersinar seperti cermin selepas dicuci.
“Saya suka melihat lantai rumah yang berkilat. Selagi belum berkilat, selagi itu saya rasa belum sempurna,” ujar Lynda.
Bahan-bahan:
1) Air panas
2) Cuka makan
3) Cecair pelembut pakaian (softener)
Langkah-langkah:
1) Tuang air panas ke dalam baldi
2) Masukkan satu penutup cecair pelembut pakaian bersama lima titis cuka
3) Kacau sehingga sebati
4) Kini sedia untuk digunakan bagi aktiviti mengemop
Maklum balas netizen
“Memang betul menjadi, terima kasih kongsi. Cuma pastikan cuka tu letak sedang-sedang je, kalau terlebih nanti lantai jadi melekit.
“Gembira hati ni apabila nampak lantai bersinar-sinar, tetamu nak datang rumah pun kita rasa tak segan,” demikian antara komen warga maya.
BACA: 7 tempat misteri di dunia yang masih jadi tanda tanya, no. 2 tu kalau masuk ‘confirm’ tak keluar