Papan pemotong jenis kayu yang sudah hitam berkerak jangan dibuang.
Mudah saja untuk membersihkan papan pemotong itu dengan hanya menggunakan 3 bahan dapur ini.
Hasilnya memang berbaloi, papan pemotong jadi sudah bebas daripada tompokan hitam, bersih sekaligus makanan yang dipotong di atasnya tidak tercemar.
Ikuti perkongsian pengguna TikTok, @nsmonline ini:
CARA CUCI PAPAN PEMOTONG HITAM
Tips ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok bernama @nsmonline. Berikut merupakan cara-cara membersihkan papan pemotong kayu agar kelihatan seperti baru:
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Limau nipis
- Baking soda
- Cuka
Cara-cara:
1. Hiris limau nipis. Perahkan jus ke atas papan pemotong. Gosok permukaan papan dengan hirisan limau itu.
2. Setelah digosok rata, taburkan pula baking soda sehingga rata ke seluruh permukaan papan.
3. Akhir sekali, tuangkan cuka atas keseluruhan papan.
4. Biarkan selama 15 minit supaya semua cecair diserap ke dalam bahagian dalam papan.
5. Selepas itu, gosok papan menggunakan berus dawai sehingga hilang semua tompok hitam.
6. Bilas dengan air yang mengalir dan hasilnya papan pemotong menjadi bersih dan berkilat seperti baru dibeli.
7. Lap papan dengan kain dan biarkan di tempat yang kering.
Proses penyimpanan yang betul juga membantu bagi mengelakkan kulat muncul di atas permukaan papan kayu.
@nsmonline #SultanMakanSoNice #perabotanrumahtangga #GenerasiHappyTikTokChallenge #nsmonline #tulungagung #CapCut #tipsdantrik ♬ suara asli – akibchay – Akib OLShop
Baca:
Dulu kecoh menyondol, heboh pula anak Abby nikah senyap-senyap di Songkhla
Garing dan sedap! Individu kongsi resepi roti bakar ala kopitiam, sesuai buat minum petang
‘Sedut dulu, baru pergi sekolah’ – Buat ‘spotcheck’ ada tak ‘pemetik api’ ini!