Realtime website trackingweb stats

Guna 1 bahan sahaja cuci lantai ‘confirm’ berkilat sampai boleh nampak dosa masa lalu

Oleh ARIF ABDULLAH

Siapa sangka, dengan hanya menggunakan satu bahan ini sahaja, permukaan lantai bakal berkilat tak ubah seperti cermin.

Tidak menggunakan pencuci lantai yang mahal, wanita ini berkongsi ‘ramuan rahsia’ tersebut menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Menurut wanita yang bernama Heze Zamri itu, petua itu ‘diturunkan’ oleh saudara ibunya yang bekerja sebagai kontraktor perkhidmatan pembersihan.

Percayakah anda, ramuan yang dimaksudkan Heze adalah cecair pencuci pinggan ‘S’ yang sangat popular di pasaran.

Bukan sahaja mampu membersihkan, pencuci pinggan itu juga didapati berkesan dalam mengilatkan permukaan lantai mozek atau jubin.

Guna 1 bahan sahaja cuci lantai 'confirm' berkilat sampai boleh nampak dosa masa lalu

Caranya mudah sahaja, sedikit cecair pencuci ‘S’ itu hanya perlu dicampur dengan air paip sebelum larutan tersebut digunakan untuk mengemop.

Apabila sudah selesai mengemop, keberkesanan petua ini dapat dikesan dengan serta merta setelah lantai mulai kering.

“Petua nak bagi lantai jubin licin dan berkilat. Guna pencuci pinggan saja. Tuangkan sedikit cairan kemudian bancuh bersama dengan air paip.

“Sebelum ini saya mop guna sabun lantai biasa. Hampir 10 kali lap, debu-debu pasir masih kelihatan kesan daripada ubah suai rumah.

“Rupanya guna pencuci pinggan sekali saja terus bersinar!,” tulis wanita berkenaan menerusi satu kongsian yang tular di media sosial.

Baca juga: Ramai tak perasan sebenarnya ada ‘racun’ dalam nasi, jadi punca berat badan tak turun!