Tahun ini, terdapat banyak dakwaan di gerai nasi arab lamb shank Chef Ammar di bazar Ramadan.
Terdapat dakwaan yang tersebar secara viral bahawa gerai tersebut sepi tanpa pelanggan.
Beberapa orang berpendapat bahawa jumlah pelanggan telah berkurang, menyebabkan spekulasi bahawa jualan Chef Ammar mungkin sudah tidak lagi diminati.
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Najee Mahshar telah melawat gerai tersebut untuk melihat sendiri keadaan sebenar.
Dia juga bertanya kepada Chef Ammar mengenai dakwaan tersebut.
Setelah melihat barisan pelanggan, nampaknya nasi arab Chef Ammar masih mendapat sambutan seperti tahun-tahun sebelumnya.
Walaubagaimanapun, Chef Ammar secara sinis menyatakan bahawa jualannya tidak begitu laris.
“Tak laku? Alhamdulilah, hari ini tak laku juga. Depa je yang laku.”
Chef Ammar telah memberi amaran kepada pekerjanya untuk bersikap sopan kepada pelanggan.
Beliau menyatakan bahawa pengguna internet sentiasa memperhatikan tindakan mereka dan menanti peluang untuk menegur jika melakukan kesalahan.
“Malaysia eyes on me now. Depa tunggu saya nak buat salah macam mana.”
Apabila ditanya mengenai perbezaan antara masakan Chef Ammar dengan nasi Arab lain, beliau berkata masakannya mempunyai tahap yang berbeza.
Beliau selalu menunjukkan cara memasak yang bersih dan teratur.
Beliau juga menggunakan bahan-bahan berkualiti dan mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Kita kena maintain level kita, kesihatan dan berkualiti. Level saya 42 floor KLCC, mantap. Saya bukan nak hina orang. Kalau nak compare.. compare lah dengan orang macam saya. Ikut standard saya.”
Dia juga tak ambil peduli jika ada orang yang cuba mengkritik atau menjatuhkan perniagaannya.
Bisnesnya hanya akan tergugat jika Allah SWT mengizinkannya.
“Tahun depan beef ribs naik, aku nak tanam lamb shank. Wait and see. And I am sure everybody will follow Chef Ammar buat beef ribs.”
“Because we are the founder of lamb shank, suka ke tak suka ke tak boleh nafi. Aku yang founder, aku yang godfather, aku yang king and I will stay king.”
“Don’t be smart with masters. Allah yang bagi kami rezeki, Allah yang ambil rezeki.”
Namun, dia tetap bersyukur atas sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap perniagaannya sepanjang ini.
Baca:
Menahan rindu! Isteri dakwa Safee Sali ‘culik’ anak sejak Februari
Pelbagai resipi bubur yang boleh buat di rumah, kombinasi rasa lemak & manis memikat selera
Rupanya tanaman pun perlu kena ‘diugut’, ini antara petua agar pokok cepat berbuah