Realtime website trackingweb stats

Gempar rambut tersangkut di roda Ferris, lewat sesaat gadis ini mungkin terkorban

Oleh FATIN AQILAH

Jika lewat sesaat sebuah roda Ferris di India dihentikan segera, mungkin nyawa seorang gadis terkorban gara-gara rambutnya tersangkut pada alatan jentera hiburan raksasa itu.

Insiden menggemparkan itu yang berlaku di Gujarat semasa perayaan keagamaan Ganesh Chaturthi yang disambut di seluruh India tular di media sosial.

Ketika menaiki roda Ferris, gadis itu melepaskan rambutnya keluar dari tempat duduk. lapor Ary News.

Walau bagaimanapun, selepas dua pusingan, gadis berkenaan menjerit kesakitan apabila rambutnya tersangkut pada rangka besi roda Ferris tersebut.

Menerusi klip video yang dikongsi di Instagram, roda Ferris menakutkan itu dihentikan bagi mengelakkan gadis berkenaan bertambah kecederaannya.

Kelihatan tiga lelaki sedang berusaha meleraikan rambut mangsa sebelum kemudiannya terpaksa memotong rambutnya menggunakan pisau.

Video:

Cubaan mereka untuk mengerat rambut itu yang mengambil masa agak lama menyaksikan orang ramai yang berkerumun di tapak roda Ferris itu cemas.

Klip video itu sekaligus memberi pengajaran kepada pengguna terutamanya golongan wanita supaya mengambil lebih banyak langkah berjaga-jaga semasa menaiki roda Ferris.

Baca:

Tak perlu selenggara mesin pun, pemimpin ini perjelas mengapa pemansuhan caj DuitNow QR wajar

Pelik peniaga gerai ini, tak mahu tauge pula kena caj, pelanggan anggap tak masuk akal

Kereta wira diubah jadi kereta Batman, kos cecah RM100,000, siap pintu hidraulik dan autopilot