Realtime website trackingweb stats

GEMPAR! Penemuan pra-sejarah berusia 14,000 tahun di Kelantan

Oleh ADINDA

GEMPAR! Penemuan pra-sejarah berusia 14,000 tahun di Kelantan. Siapa sangka negeri Kelantan yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan makanan, turut mempunyai peninggalan sejarah yang sangat berharga.

Pasukan penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengumumkan penemuan rangka manusia yang dianggarkan berusia 14,000 tahun di Gua Keledung Kecil, Lembah Nenggiri Kelantan.

GEMPAR! Penemuan pra-sejarah berusia 14,000 tahun di Kelantan. Siapa sangka negeri Kelantan yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan makanan, turut mempunyai peninggalan sejarah yang sangat berharga.

Ini menjadikannya rangka tertua yang pernah ditemukan di Semenanjung Malaysia melangkaui rangka Perak Man yang dianggarkan berusia antara 10,000-11,00 tahun.

Pasukan arkeologi yang diketuai oleh Profesor Madya Zuliskandar Ramli telah memulakan kerja cari gali artifak di Lembang Neggiri sejak September lalu. Ia dilakukan sebelum keseluruhan lembah ini ditenggelami air Empangan Neggiri yang beroperasi menjelang 2027.

GEMPAR! Penemuan pra-sejarah berusia 14,000 tahun di Kelantan. Siapa sangka negeri Kelantan yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan makanan, turut mempunyai peninggalan sejarah yang sangat berharga.

Rangka di Gua Keledung Kecil ditemukan dalam posisi meringkuk seakan janin dengan pelbagai artifak purba di sekelilingnya. Tapak ekskavasi telah dibuka di 14 gua di Lembah Nenggiri bagi membolehkan artifak diselamatkan.

Selain rangka manusia artifak dalam bentuk tembikar purba, tukul batu, batu kisar serta sisa makanan dalam bentuk kulit siput serta tulang haiwan telah berjaya dikumpulkan pasukan penyelidik.