Boleh pula seorang adik lelaki yang berusia 10 tahun di North Port, Florida memandu sebuah kereta sejauh lebih 300 kilometer (km) bersama kakaknya berusia 11 tahun.
Tindakan menggemparkan di Amerika Syarikat (AS) itu berlaku hanya kerana dua beradik itu merajuk selepas ibu mereka merampas gajet.
Mujurlah, polis di Florida berjaya menghentikan kereta sedan putih yang dinaiki mereka itu dalam satu operasi khas di lebuh raya di di Alachua.
Kejadian yang berlaku awal minggu lalu itu juga, lapor AP News, amat mengejutkan polis apabila melihat seorang pemandu lelaki berusia 10 tahun keluar bersama kakaknya.
Pejabat Syerif Daerah Alachua dilapor berkata, siasatan mendapati kedua-dua kanak-kanak itu merajuk dengan ibu mereka kerana mengambil peranti elektronik.
Tindakan ibu itu pun selepas dua beradik itu tidak menggunakan gajet dengan sewajarnya.
“Tiada sebab lain untuk menilai kes mereka membabitkan penganiayaan di rumah.
“Detektif kami bercakap dengan ibu mereka dengan panjang lebar yang jelas melakukan yang terbaik untuk membesarkan dua anak kecil itu,” kata pihak polis lagi.
Gara-gara perbuatan nakal anaknya, ibu dua beradik itu terpaksa memandu tiga jam ke utara ke Alachua untuk mengambil anak-anaknya.
Baca:
Pulih sepenuhnya kanser tahap 4, pengalaman remaja hafaz al-Quran ini mengagumkan
Muka macam Sudirman, ramai kagum, penampilan penyanyi ini mengubat rindu rakyat Malaysia
Anak baru keluar 3 bulan, isteri bagitahu mengandung lagi, reaksi suami buat netizen terhibur