Realtime website trackingweb stats

Gelap mata dijanjikan untung RM1.5 juta, warga emas ini berputih mata lesap RM870,000

Oleh ADINDA

Gelap mata dijanjikan untung RM1.5 juta, warga emas ini berputih mata lesap RM870,000.

Terpedaya dengan sindiket wang kripto yang menjanjikan keuntungan RM1,000, seorang peniaga rugi RM870,000.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pada 24 Jun lalu, lelaki berusia 54 tahun terbabit dihubungi wanita yang memaklumkan dirinya mendapat keuntungan besar dalam pelaburan mata wang kripto.

Menurutnya, mangsa terpedaya dan membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dan berjaya mendapatkan semula modal dan memperolehi keuntungan sebanyak RM1,000.

“Selepas mendapat keuntungan, suspek meminta mangsa melabur dalam jumlah yang lebih besar bagi memperolehi keuntungan yang tinggi.

“Mangsa yang terpedaya sekali lagi membuat beberapa traksaksi ke atas tiga akaun bank yang diberikan dengan nilai RM 870,000.

“Mangsa dijanjikan keuntungan RM1.5 juta dan suspek juga meminta bayaran proses sebanyak 30 peratus,” katanya dalam kenyataan media.

Namun, mangsa berasa diri tertipu apabila tidak menerima sebarang bayaran dan tampil membuat laporan polis kelmarin.

Baca:

Harap orang lain tidak alami nasib sama Dea Maisarah, bapa ini mahu kebenaran dibongkar

Amaran Veterinar: Hati-hati dengan bekalan ayam kawasan ini diternak bersama babi

Kereta kena ‘sapu’ lori ketika wanita ini borak pasal brek kecemasan, netizen nasihat atas jalan raya elak sembang pasal kemalangan