Pendakwah Usman Ali kini menjadi perhatian masyarakat Indonesia selepas tularnya video yang menunjukkan
Beliau ketawa ketika Miftah Maulana Habiburrahman, atau lebih dikenali sebagai Gus Miftah, menghina seorang penjual teh ais.
Media tempatan melaporkan bahawa Usman adalah seorang pendakwah yang sangat dihormati di Magelang, Jawa Barat.
Beliau juga merupakan agamawan dari Pondok Pesantren API Al-Huda Nepak, Magelang.
Walaupun beliau dikenali sebagai seorang tokoh agama, video tersebut telah mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ada yang menyifatkan tindakannya sebagai tidak beradab.
“Reaksinya terlalu berlebihan sehingga memalukan penjual teh tersebut,” kata seorang netizen pada Isnin.
“Sebagai seorang pemimpin pesantren, sikap beliau tidak mencerminkan adab yang baik,” ujar seorang lagi.
Menurut laporan akhbar dalam talian Tribun, sehingga Isnin, Usman masih belum tampil memberikan penjelasan mengenai situasi tersebut.
Akibatnya, masyarakat mendesak agar beliau tampil memohon maaf.
Sebelum ini, berkaitan dengan video tular tersebut, Gus Miftah, seorang penceramah terkenal, telah mengumumkan perletakan jawatannya
selepas video beliau menghina seorang penjual teh ais ketika ceramah di Magelang, Jawa Tengah bulan lalu, menerima kritikan hebat.