Realtime website trackingweb stats

Gara-gara ‘aset’ miliknya dah 3 hari tak mahu turun, lelaki ini terpaksa tebal muka pergi hospital

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Tebal muka pergi ke hospital selepas ‘aset’ milik lelaki di timur laut Brazil ini sudah 3 hari mengalami ereksi secara berterusan.

Memetik Daily Express, lelaki berusia 46 tahun berkenaan berakal singkat menelan beberapa biji pil perangsang baru-baru ini.

Akibat ereksi zakar yang tidak mereda itu, dia dikejarkan ke pusat kesihatan di Joao Pessoa, Brazil selepas menanggung rasa sakit teruk di sekitar kemaluannya.

Namun, disebabkan situasi makin kritikal, dia akhirnya dipindahkan dengan ambulans ke Hospital Trauma di Joao Pessoa, 15 Oktober lalu.

Pesakit itu dibenarkan pulang pada keesokan harinya selepas menerima rawatan dan ‘kemalangan’ dialaminya menjadi tajuk laporan berita sedunia!

Sebelum ini, banyak pakar menasihatkan supaya pengambilan ubat perangsang seks perlu mengikut nasihat doktor.

Hal ini memandangkan dos yang berlebihan boleh mengakibatkan tekanan darah rendah, sakit dada, berdebar-debar dan ereksi berpanjangan yang tidak surut atau dikenali juga sebagai priapism walaupun setelah berlaku ejakulasi.

Paling menakutkan kaum Adam, priapism iaitu ereksi zakar yang tidak surut selama berjam-jam akan mengakibatkan kesakitan yang sangat teruk, gangren dan kerosakan kepada otot zakar.

Malah, keadaan itu seterusnya boleh mengakibatkan keadaan mati pucuk yang kekal selain memerlukan rawatan kecemasan di hospital.

“Seperti ubat lain, pil itu perlu digunakan di bawah bimbingan pakar perubatan.

“Terdapat tabiat buruk dalam kalangan pengguna dan keadaan seperti ini adalah satu daripada kesan yang boleh berlaku,” kata pakar urologi, Andre Brasileiro.

Baca:

Pernah menyewa bersama tapi tergamak tikam kawan 40 kali, ini bahana bila cemburu dah meluap

Sering bermimpi perkara-perkara sebegini, badan anda mungkin dihuni jin atau saka

Jambatan Marang payah nak bina, tapak bekas IPD berhantu angkara bomoh, seram dengar cerita pesara tentera ini