Heboh di media sosial di Indonesia, seorang lelaki mendesak bekas kekasihnya mengembalikan wang yang dibelanjakan berjumlah 473,000 rupiah (RM142.42).
Jumlah itu termasuklah bayaran makan ayam penyet, bakso selain duit petrol.
Hal itu tersebar apabila seorang remaja perempuan menyiarkan perbualan menunjukkan bekas teman lelakinya memaksa dia membayar semula wang yang dibelanjakan ketika mereka masih bersama.
Perbualan antara pasangan remaja terbabit kemudian tular di laman Instagram.
Rata-rata netizen mengingatkan agar pasangan yang bercinta berhati-hati apalagi dengan pasangan yang tangkai jering.
“Wanita mesti berhati-hati apabila bercinta, lebih-lebih lagi jika bersama dengan lelaki yang kedekut dan berkira apabila keluar temu janji.
“Hidup begitu indah semasa bersama, namun, apabila berpisah semua perbelanjaan diminta untuk dikembalikan lagi,” demikian kata warga maya.
Walau bagaimanapun, tiada maklumat mengenai punca mereka berpisah.
Hanya dilihat pemuda berkenaan begitu kesal berdasarkan perbualan mereka.
Baca:
Waris guna duit pampasan bina masjid, simbol penghormatan kepada mangsa MH17
Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan
Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3 paling penting