Realtime website trackingweb stats

Gadis cantik ini bela ulat gonggok gergasi, mesranya lain macam, siap beli RM150 seekor

Oleh ADINDA

Gadis cantik ini bela ulat gonggok gergasi, mesranya lain macam, siap beli RM150 seekor.

Biar pun diketahui tidak berbisa, bagi segelintir individu, ulat gonggok sering dianggap sebagai haiwan yang menakutkan dan menggelikan.

Apa tidaknya, warna yang gelap, badan berbentuk silinder yang panjang dan mempunyai jumlah kaki yang banyak, serangga ini mempunyai fizikal menakutkan seolah-olah mampu memberi ancaman kepada sesiapa sahaja.

Saiz ulat gonggok merah yang biasa ditemui di rumah sudah menimbulkan ketakutan, apatah lagi, ulat gonggok bersaiz berkali ganda lebih besar.

Malah, cerita berkenaan ulat gonggok yang dikatakan boleh menyusup masuk ke dalam telinga ketika sedang tidur, turut menambahkan lagi kegerunan sesetengah individu terhadap haiwan ini.

Walaupun terdapat pelbagai persepsi negatif berkenaan serangga ini, Nur Nina Farisha Woo Abdullah, 26, yang memelihara dua ulat gonggok gergasi Afrika di kediamannya sejak dua tahun lalu mempunyai pandangan berbeza.

Melihat aksi bersahaja Nur Nina bermain dengan ulat gonggok kesayangannya di media sosial boleh membuatkan sesiapa sahaja kagum dengan keberanian wanita itu.

Nur Nina berkata, dia membeli ulat gonggok itu dua tahun lalu di sebuah kedai haiwan peliharaan di ibu kota pada sekitar RM150 manakala seekor lagi dihadiahkan rakannya.

“Bagi sesetengah individu menganggap ulat gonggok sangat menggelikan dan kelihatan menakutkan tetapi saya menyukai serangga ini kerana ia sangat unik dan comel, seperti sebuah kereta api.

“Sebenarnya, karakter ulat gonggok ini sangat berbeza dengan ulat gonggok merah yang biasa ditemui di rumah. Ulat gonggok gergasi Afrika lebih mudah dan selesa untuk dibelai serta diajak bermain,” katanya.

Gadis cantik ini bela ulat gonggok gergasi, mesranya lain macam, siap beli RM150 seekor.Biar pun diketahui tidak berbisa, bagi segelintir individu, ulat gonggok sering dianggap sebagai haiwan yang menakutkan dan menggelikan.
Penjagaan ulat ini sangat mudah dan tidak memerlukan banyak perhatian berbanding haiwan peliharaan lain.

Tambahnya, ulat gonggok ini jarang mengeluarkan cecair yang berbau kurang menyenangkan.

“Kebiasaannya, ulat gonggok akan merembes cecair itu sebagai salah satu cara untuk melindungi diri daripada pemangsa selain berasa terancam.

“Oleh itu cara untuk mengendalikan ulat gonggok ini terutama ketika mengeluarkan dari sangkar haruslah betul bagi mengelakkan ia berasa terancam dan kurang selesa dengan kehadiran kita,” katanya.

Katanya, untuk mengimport ulat gonggok ini perlu mempunyai lesen daripada Jabatan Pertanian Malaysia.

“Bagaimanapun, untuk memelihara atau menyimpan haiwan ini tidak memerlukan lesen kerana ia bukan haiwan yang dilindungi,” katanya.

Menurutnya, ulat gonggok gergasi Afrika ini mempunyai agen pembersih yang mirip seperti kutu.

“Kutu itu tidak berbahaya dan sangat penting untuk memastikan badan ulat gonggok bersih dan bebas dari parasit kecil,” katanya.

Berkongsi berkenaan penjagaan katanya, ulat ini sangat mudah dijaga dan tidak memerlukan banyak perhatian berbanding haiwan peliharaan lain.

“Ulat gonggok ini diberi makan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan seperti sawi, kubis, pisang serta betik. Serangga ini juga dilihat memakan kayu reput dan daun kering yang disediakan di dalam sangkar.

“Pada masa sama, bekas minuman bersesuaian perlu disediakan untuk mengelakkan serangga ini lemas. Saya menggunakan pelapik pasu kerana lebih cetek dan mudah diperoleh pada harga yang murah,” katanya.

Mengulas lanjut, ulat ini sesuai dipelihara di negara ini kerana cuaca dan suhu hampir sama dengan habitat asalnya.

Gadis cantik ini bela ulat gonggok gergasi, mesranya lain macam, siap beli RM150 seekor.Biar pun diketahui tidak berbisa, bagi segelintir individu, ulat gonggok sering dianggap sebagai haiwan yang menakutkan dan menggelikan.
Ulat gonggok gergasi Afrika diberi makan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan.

“Suhu yang sesuai untuk memelihara ulat gonggok ini adalah sekitar 27 hingga 28 darjah Celsius atau suhu bilik di negara kita. Selain itu, negara kita juga mempunyai kelembapan yang cukup dan baik untuk ulat gonggok ini.

“Saya turut menyembur sedikit air ke dalam sangkar ulat gonggok setiap dua hingga tiga hari sekali untuk memastikan kelembapan dan suhu tetap terjaga dan stabil,” katanya.

Gadis cantik ini bela ulat gonggok gergasi, mesranya lain macam, siap beli RM150 seekor.Biar pun diketahui tidak berbisa, bagi segelintir individu, ulat gonggok sering dianggap sebagai haiwan yang menakutkan dan menggelikan.
Ulat gonggok gergasi Afrika akan menggulungkan diri ketika tidur.

Nur Nisa berkata, sesiapa yang ingin menjadikan ulat gonggok gergasi sebagai haiwan peliharaan, dinasihatkan membuat kajian mendalam berkenaan serangga terbabit.

“Walaupun mudah jaga, ia bukan bermaksud penjagaannya perlu diambil ringan. Kurangnya ilmu, boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

INFO

  • African Giant Black Millipedes adalah spesies ulat gonggok yang terbesar di dunia yang mampu mencapai sekitar 0.3 meter panjang dan 0.06 meter untuk ukur lilit.
  • Ketika tidur, ulat gonggok akan menggulungkan diri.
  • Ulat gonggok memiliki kira-kira 350 hingga 400 kaki.
  • Gigi serangga ini juga tidak mampu untuk menembusi kulit manusia kerana ia (gigi) sangat kecil
  • Serangga ini juga aktif pada sebelah malam.
  • Suhu yang sesuai untuk memelihara ulat gonggok ini adalah sekitar 27 hingga 28 darjah Celsius.

Baca:

Lepas ketuk kepala, muka anak kena lempang sampai sakit gigi, ibu ini dedah kisah guru baran

Wanita guna gigi gigit kabel pengunci berjaya curi iPhone, tapi kena tahan selepas 30 minit

Ayda Jebat tunjuk skil lincah menari dengan perut boyot 7 bulan, macam silap pakaian la pulak