Marketing padu sebuah kedai perkakasan di Johor Bahru jadi bualan netizen tetapi ada berseloroh jika ‘amoi’ yang menari ramai sanggup setiap hari berbelanja lebih RM500.
Menerusi video dikongsi @fandyhamz, dia terhibur apabila mendapat persembahan tarian percuma selepas membeli barangan melebihi RM500 di kedai perkakasan itu.
Sebelum itu, dia menunjukkan resit pembelian selepas membeli barangan cat berjumlah RM520.50.
Fandy kemudian menghalakan kamera ke arah papan tanda berdekatan juruwang yang mengumumkan pertunjukan tarian percuma untuk pembelian melebihi RM500.
Tertarik dengan ‘umpan’ itu, Fandy mendekati seorang pekerja untuk menuntut hadiahnya.
Tidak lama kemudian, kelihatan tiga pekerja menari dalam ruang kaunter mengikut rentak lagu rancak sebuah lagu berbahasa Cina.
Kejadian itu dilapor berlaku pada 8 April lalu di Kow Hock Building Material, Johor Bahru.
Rata-rata warga maya terhibur dengan pendekatan pemasaran kreatif daripada pihak kedai itu sehinggakan rakaman video itu meraih lebih 32,000 suka setakat ini.
‘Terima kasih bang kerana merakam, kami juga dapat menonton pertunjukan tarian percuma,” komen seorang netizen.
@fandyhamz betul betul ada eh tarian percuma. hiburan betul diorang ni 😂 #tarianpercuma #fyp ♬ original sound – Fandy Dato Osman – FANDY
Baca:
Baru tahu ada 3 resepi agar-agar yang mudah tapi sedap, gerenti dipuji Hari Raya ni nanti
Urat kaki tiba-tiba membengkak ketika melawat ‘kawasan’ Mona Fandey, akhirnya misteri terungkai
Ramai mengaku keluar air mata jantan, psikiatri ini nasihat zahirkan kasih sayang kepada anak