Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim,
Pemangku Sultan Johor, telah memberikan reaksi terhadap kejayaan Selangor yang memenangi tiga trofi musim ini.
Baru-baru ini, Gergasi Merah berjaya menjuarai Piala Sultan Selangor 2024 setelah menewaskan pilihan Singapura dengan keputusan 2-1.
Kemenangan di Stadium Merdeka itu menyaksikan anak didik Nidzam Jamil mengekalkan trofi tersebut untuk kali ketiga berturut-turut.
DYAM Tunku Ismail menyuarakan pandangannya melalui satu komen di laman MakanBola. Baginda bertanya, “FIFA iktiraf tak piala ni?”
Baginda juga menunjukkan minat untuk membawa JDT menyertai pertandingan tersebut sekiranya ia diiktiraf oleh FIFA. “Kalau ya, nak sertai,” kata baginda lagi.
Selain itu, Selangor juga telah merangkul dua lagi kejuaraan, iaitu Selangor Asia Challenge dan RCTI Premium Sports yang diadakan di Indonesia.
JDT dan Selangor akan meneruskan cabaran Malaysia masing-masing dalam kancah Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).
BACA: Nak simpan daun pandan hijau tak layu sampai berbulan lamanya? Ini cara ramai mak-mak nak tahu