Artikel ini akan menerangkan mengapa pengetahuan mengenai kerajaan perpaduan Israel penting untuk kita tahu.
Ia akan merungkai beberapa aspek mengenai sejarah Israel, peranan geopolitiknya, isu-isu berkaitan konflik dengan Palestin, dan kesannya terhadap dunia secara lebih meluas.
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Tentang Kerajaan Perpaduan Israel?
263,000 orang kat Gaza dah hilang tempat tinggal.
Bekalan elektrik, air dan minyak terputus. Hospital bergelap. Makanan makin berkurangan.
Dan sekarang, Israel umumkan kerajaan perpaduan baru. Apa ertinya?
Nama saya Ahmad Faezal, penulis isu geopolitik dan sejarah ekonomi. Kalau suka ulasan ni, jemput follow.
Pertama sekali, Israel paling tak suka bersatu secara politik. Jadi kalau mereka bersatu hati, ketahuilah: sesuatu yang besar bakal berlaku.
Saya mula terlebih dahulu bercerita pasal politik Israel.
Mereka amalkan sistem demokrasi berparlimen.
Parlimen mereka dipanggil Knesset yang ada 120 wakil. Ahli parlimen yang nak jadi Perdana Menteri kena dapat sokongan 60 wakil yang lain (60 + 1 = majoriti).
Nampak mudah. 60 wakil tu tak lah ramai mana.
Tapi sejak diasaskan pada tahun 1948, tiada parti berjaya dapat 60 wakil rakyat dalam satu penggal.
Jadi mereka kena ketepikan perbezaan dan buat kerajaan gabungan (coalition government).
Macam mana kalau bincang punya bincang tapi masih tak dapat 60 wakil rakyat?
Kena pilihan raya semula.
Tahun 2019-2022, Israel buat lima pilihan raya. Sekarang paling stabil.
Kira spender dibeli tahun 2019 entahnya masih belum bertukar. Kerajaan Israel dah lima kali bertukar.
Jadi sini korang dah tangkap key point.
Politik Israel lagi teruk banding spender. Berpecah dan bercarik.
Fitrah mereka dah macam kuda liar. Suka gigit-menggigit. Tapi bila datang musuh luar, semua pakat bersatu.
Dan harini kita dah nampak penyatuan mereka.
Mungkin ada yang masih tertanya-tanya, dah kenapa perang ni bermula?
Benda ni kadang kita susah nampak sebab perlu kaji dengan mendalam.
Jangan risau. Korang ada saya.
Saya dah sediakan satu video khas untuk korang: https://youtube.com/watch?v=ycKnj4MwkFk&t=38s…
Jemput subscribe.
Netanyahu dah isytihar kerajaan perpaduan negara (government of national unity).
Apa benda GNU ni?
Senang cakap. Gabungan parti-parti utama sampai kerajaan dah tiada pembangkang.
Ketika thread ni ditulis, parti yang sah join adalah National Unity pimpinan Benny Gantz.
Kalau ambil kira statement semua ahli politik, GNU akan dibentuk kerajaan sedia ada bersama Yesh Atid, Yisrael Beitenu dan Labor.
Kalau ya, bermakna Netanyahu dapat 110 sokongan daripada 120 ahli parlimen.
Bermakna semua parti Yahudi sokong dia. Yang tinggal cuma 10 wakil jer.
5 wakil dari Ra’am pimpinan Mansour Abbas. 5 wakil lain dari Hadash-Ta’al, pimpinan Ayman Odeh.
Still a GNU. Sebab pembangkang tak kuat.
Selalunya GNU dibuat untuk menghadapi krisis besar. Dan tiada krisis paling besar dalam sejarah terdekat melainkan 2023 Israel-Hamas War.
Tapi sebelum ni, Israel pernah buat GNU. Masa berdepan dengan COVID-19, Yair Lapid buat seakan-akan GNU gabung semua parti anti-Netanyahu… juga bersama Ra’am.
Geng anti-Lapid main politik, “satu undi untuk Lapid adalah satu undi untuk Abbas” nak takut-takutkan orang Yahudi.
Lama sebelum GNU Lapid, Israel juga pernah buat GNU… bawah Levi Eshkol.
Siapakah Eshkol ni?
David Ben Gurion asaskan Israel pada 1948. Dia undur diri enam tahun kemudian diganti Moshe Sharett.
Ben Gurion kembali dan bertembung dengan Sharett. Lalu Ben Gurion jadi PM semula.
Tempoh kedua ni bertahan lapan tahun.
1955-1963.
Sekali lagi dia letak jawatan. Umur dia waktu tu dah 77 tahun. Ada desas-desus pasal kesihatan mental sebab dia makin terasing secara politik dan senantiasa berwaspada antara satu sama lain.
Needless to say, Ben Gurion diganti Menteri Kewangannya iaitu Levi Eshkol yang dari muda bergiat aktif dalam Gerakan Zionisme.
Eshkol pimpin negara antara 1963 sampailah 1969.
Bermakna inilah Perdana Menteri Israel semasa Perang Enam Hari!
Perang Enam Hari ini famous gila.
Enam hari jer Israel perlu nak hancurkan bala tentera Arab. Apa yang berlaku?
Macam mana 50,000 anggota utama dapat kalahkan 567,000 anggota Arab dalam masa ENAM HARI?
Bukan setakat kalahkan…
… mereka kalahkan sampai Mesir jer hilang lebih kurang 15,000 anggota. Dan kalangan mereka hilang tak sampai 990 anggota.
How did that happen?
Kalau tanya pada orang ramai, alasan eternal yang diberi adalah “Arab tak bersatu”.
Betul sebenarnya tapi…
Perang ni bermula pada 5 Jun 1967. Pada 23 Mei lagi, New York Times dah bercerita masalah utama Arab.
“Tanpa bantuan Soviet secara langsung, disiplin, latihan, semangat, peralatan dan kebolehan tentera [Arab] tak boleh menandingi Israel.”
Penilaian tu ternyata… separa tepat.
Tak melampau kalau cakap Perang Enam Hari berlaku angkara kedangkalan Soviet.
Sebab Mesir dapat laporan perisikan daripada Soviet yang mendakwa tentera Israel tengah berkampung kat sempadan Syria.
Laporan ni rupanya TAK BENAR.
Israel dari awal lagi dah cakap mereka akan isytihar perang kalau Selat Tiran ni ditutup.
Mesir tutup juga pada tahun 22-23 Mei. Israel bising sekejap tiba-tiba diam membisu.
Pada 1 Jun, Eshkol menubuhkan GNU bersama banyak parti pesaingnya.
Kabinet Eshkol diluaskan.
Apa tujuan GNU ni?
Mereka nak bincang untuk pergi berperang di sebalik tabir. Bincang kat Knesset confirm satu dunia tahu.
Jadi baik bincang dalam kabinet. Bincang punya bincang, 4 Jun mereka setuju pergi berperang. Dan esoknya jer, Israel lancarkan Operasi Focus.
Skala serangan udara ni sangat besar dan bertaktikal untuk cepat selesaikan masalah.
Inilah salah satu serangan udara paling berjaya dalam sejarah.
Operation Focus berjaya menghancurkan 450 jet perang Mesir, Jordan dan Syria.
Semua negara tu sekelip mata HILANG air force.
Israel gempur Semenanjung Sinai dan pada hari keenam, mereka kuasainya.
Arab menyaksikan a complete collapse dalam masa sekejap. Dan memang betul kerana tak bersatu. Saya petik contoh.
Presiden Mesir adalah Gamal Abdel Nasser. Yang pegang tentera pula… Abdel Hakim Amer.
Amer nilai ketenteraan Mesir dan dapati semua dah bersedia. Nasser tak setuju.
Jadi senang kata, pucuk kepimpinan dah tak sehaluan. Berbeza dengan Israel yang buat GNU.
Bila kalah pada Israel, Nasser letak jawatan terus. Rakyat Mesir terkejut habis sebab mereka berhari-hari—
—hari dapat berita dari radio katanya Mesir tengah menang.
Semua liputan radio tu fabrication jer nak kekalkan war morale.
Pengumuman peletakan jawatan Nasser itu yang first time Six Day War guna definisi setback (naksa).
Dia tarik balik peletakan jawatan tu esoknya.
Apa-apa pun sini saya nak tekankan satu jer.
Last time Israel buat GNU, mereka lancarkan peperangan dan menang besar gila.
Sekarang Israel kembali buat GNU… dalam situasi politik betul-betul nak berperang.
Netanyahu dah janjikan long war dengan Gaza. Malah Israel sekarang—
Mereka ni nak serang Gaza. Sebab kampung-kampung macam Kfar Aza dah kena. Tak perlu runding-runding dah.
Agak menakutkan bila fikir balik. Gaza memang bukan dalam shape of war.
Ramai dah sengsa ra. Seandainya Israel turun, confirm lagi teruk jawabnya.
Kenapa Penting Kita Kena Tahu Tentang Kerajaan Perpaduan Israel?
263,000 orang kat Gaza dah hilang tempat tinggal.
Bekalan elektrik, air dan minyak terputus. Hospital bergelap. Makanan makin berkurangan.
Dan sekarang, Israel umumkan kerajaan perpaduan baru. Apa ertinya? pic.twitter.com/ibxhYLOo1V
— Ahmad Faezal (@AhmadFaezal4) October 11, 2023
Baca:
Marah harga gula mahal tapi rupanya lelaki ini beli gula premium, memang padan kena kecam netizen