Realtime website trackingweb stats

Faisal Halim sudah mula tunjuk perkembangan positif, dah boleh berjalan

Oleh SHAZLIN AZIZ

Malaysia menerima berita baik apabila penyerang pasukan skuad kebangsaan, Faisal Halim, telah mula berjalan susulan setelah menerima rawatan di hospital.

Faisal, yang kini sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas diserang dengan asid pada hari Ahad yang lalu, kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan.

Komen netizen:

“berita macam ni bagi kita syukur dan happy, untuk orang yang simbah asid tu mesti rasa tak happy kan? niat nak hancurkan karier orang tapi Allah tu maha hebat. Faisal halim kental!” – @aaisyahozil

“Kami warga indonesia yang gajadi masuk Olimpic de France mendoakan Faisal Halim semoga lekas sembuh dan segera bermain kembali, GWS Capt.” – @Alvarooq3

“alhamdulillah ya Allah. semoga seterusnya akan menjadi semakin mudah buat Mickey kembali pulih! 🥹🤲🏼🤍✨” – @FtblMalaya

Faisal Halim sudah mula tunjuk perkembangan positif, dah boleh berjalan

Untuk makluman, Faisal diserang oleh dua individu yang tidak dikenali, yang kemudiannya menyimbahnya dengan asid sulfurik pekat pada ahad lepas.

Doktor mengesahkan bahawa Faisal mengalami kecederaan tahap empat di muka, leher, lengan, dan badan akibat daripada serangan tersebut.

Baca:

Garing, rangup & tak berminyak! Individu kongsi resipi bancuhan tepung goreng cempedak

“Saya tak pernah berdendam” – Ayah & ibu bergaduh, anak jadi mangsa simbahan asid

Netizen bimbang ‘keychain’ wajah anak jadi mangsa ‘pedophiles’, ini apa yang MUA Bellaz buat