Wayar penyambung atau extension wire adalah alat yang sering kita gunakan setiap hari di rumah untuk menghidupkan peralatan elektrik
Walaupun alat ini nampak mudah dan praktikal, aspek keselamatan serta kesesuaian dengan peralatan elektrik yang digunakan perlu diberi perhatian serius.
Jenis Extension Wire dan Kegunaannya
Extension Wire Bulat
Kegunaan: Hanya sesuai untuk penyambungan sementara, bukan untuk penggunaan yang berterusan.
Tidak Sesuai: Peti sejuk, alat penghawa dingin, oven, microwave, pemanas air.
Tips: Pastikan wayar ditarik sepenuhnya dari kotaknya semasa digunakan untuk mengelakkan rintangan elektrik yang boleh menyebabkan bil elektrik meningkat dan risiko kebakaran.
3 Pin Soket Tambahan (3 Pin Adaptor)
Kegunaan: Untuk kerja sementara sahaja.
Tidak Sesuai: TV, radio, komputer, peti sejuk, dan peralatan elektronik digital.
Tips: Beli Adaport yang dikawal oleh fuse dan cip elektronik untuk melindungi peralatan daripada kilat atau arus mengejut (powersurge).
Wayar Penyambung Tidak Kemas
Keselamatan: Pastikan wayar peralatan elektrik di rumah tidak berbelit atau tidak kemas. Ia boleh menyebabkan ketidakstabilan dan risiko kecederaan jika ditarik.
Powercube
Kegunaan: Sesuai untuk komputer, TV, dan laptop.
Tidak Sesuai: Microwave dan oven kerana boleh membahayakan.
Extension Plug
Kegunaan: Disyorkan untuk TV, DVD, komputer.
Tips: Pastikan extension plug yang digunakan mempunyai kelulusan SIRIM/ISO untuk memastikan keselamatan.
Tips Keselamatan Tambahan
Barang Elektrik Murah: Jangan beli barang elektrik yang murah kerana ia mungkin tidak diuji, tidak diluluskan, dan tidak mengikut piawaian ISO.
Vacuum Cleaner atau Water Jet Cleaner: Pastikan wayar ditarik habis semasa digunakan untuk mengelakkan alat mudah panas dan rosak.
Dengan memahami jenis extension wire yang sesuai dan mengikuti tips keselamatan, kita boleh mengurangkan risiko kebakaran dan memastikan penggunaan elektrik yang lebih efisien dan selamat di rumah.
BACA: Emas 916 boleh luntur warna ke? Lelaki ini ajar cara periksa emas tulen atau palsu