Realtime website trackingweb stats

Exco Kedah keluar arahan tutup operasi pasar malam pada waktu maghrib

Oleh ARIF ABDULLAH

Arahan penutupan operasi pasar malam pada waktu Maghrib di semua kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT)

di Kedah yang diumumkan baru-baru ini tidak membabitkan peniaga bukan Islam, lapor Sinar Harian.

Menurut Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, Mejar (B) Mansor Zakaria, arahan penutupan sementara hanya melibatkan peniaga Islam.

Sungguhpun begitu, pihaknya turut menggalakkan peniaga bukan Islam sekiranya mahu berbuat sedemikian.

“Peniaga bukan Islam khususnya di pasar malam yang dianjurkan di kawasan majoriti atau rumah ibadat bukan Islam, tidak tertakluk kepada peraturan tersebut,” katanya.

Exco Kedah keluar arahan tutup operasi pasar malam pada waktu maghrib

Mansor telah berkata sedemikian dalam sidang media di Auditorium Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), pada hari ini.

Beliau turut berkata, penjelasan ini dibuat agar keputusan berkenaan tidak dijadikan isu. Hal ini memandangkan terdapat pertikaian yang dilaporkan yang mana mengaitkan arahan itu dengan masyarakat bukan Islam.

“Saya harap pengunjung pasar malam faham, ia bertujuan memberi keutamaan kepada peniaga, pekerja dan pengunjung menunaikan solat Maghrib memandangkan tempoh yang singkat.

“Selain boleh menunaikan solat dalam keadaan selesa dan tidak tergesa-gesa, ia juga dapat mendidik peniaga Islam menunaikan solat di awal waktu, malah peniaga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah di surau atau masjid yang berdekatan,” jelasnya.

Penguatkuasaan arahan pemberhentian operasi seketika akan bermula pada 1 Mei ini

Terdahulu, semua peniaga pasar malam di negeri ini diarahkan untuk memberhentikan operasi perniagaan seketika bermula 1 Mei ini.

Tujuan pelaksanaan arahan ini adalah untuk menghormati waktu solat fardu Maghrib, selain memberi peluang kepada peniaga untuk menunaikan solat dengan lancar.

Arahan ini selaras dengan Keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Kedah (MMK) yang bersidang pada 21 Februari lalu.

Tempoh pemberhentian operasi perniagaan adalah lima minit sebelum masuk waktu solat Maghrib dan 10 minit selepas masuk waktu solat fardu berkenaan.

Pemguatkuasaan arahan ini telah diterima ramai pihak termasuklah penduduk-penduduk di Kedah. Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Melayu Malaysia (Gapema) negeri Kedah turut menyambut baik arahan ini dan mengatakan ini selari dengan ajaran Islam yang sebenar.

BACA: Baru tahu rupanya makruh solat sambil pejam mata, ini situasi yang ramai patut tahu