Dalam artikel ini, anda boleh mengambil pengajaran dari kisah benar menceritakan tentang cara untuk elak rumah anda kena lelong apabila suami meninggal dunia.
Para isteri perlu cakna dalam mengambil tahu tentang perkara sebegini supaya tidak terkilan di masa akan datang.
Tadi ada seseorang call saya. Just a random person. Bunyi sangat urgent dan tegas.
“Puan tolong saya puan. Saya tak tahu nak buat apa dah” ada nada sayu di situ.
Rumah yang beliau dan anak anak duduk sekarang bakal dilelong.
Tarikh lelongan 11 march ni.
Baru dapat notis lelongan harini.
Itu je satu satunya harta yang arwah suami tinggalkan untuk mereka anak beranak berteduh.
Saya tanya beliau, kenapa tak claim insurance?
Beliau kata lepas suami meninggal baru tahu rupanya dulu masa buat loan di bank suami tak ambil insurance sekali.
Luluh hati dengar.
Saya pon tak tahu nak tolong macam mana.
Sekadar bagi pendapat dari ilmu dan pengalaman yang tak seberapa ini.
Harap-harap saya membantu sedikit sebanyak.
Moga dipermudahkan urusan beliau.
Tuan tuan dan puan puan,
Ingat ya, tolong semak balik dokumen loan rumah anda.
Adakah rumah anda sudah ada perlindungan?
Kalau ada, berapa amount.
Kalau ada, berapa lama tempoh.
Kalau ada, apa coveragenya
Kalau tak ada, sila ambil.
Saya amat amat titikberatkan insurance kalau customer saya buat loan rumah.
Lawyer fee dan valuation tolong sediakan duit sendiri kalau bank tu tak boleh finance dah.
Kita tak tahu masa depan kita.
Siapa yang akan pergi dulu.
Jadi, sediakan perlindungan untuk aset kita supaya tak susahkan waris di kemudian hari.
Kita yang buat loan, orang lain yang kena sambung bayar.
Tak syok la macam tu.
Penulisan ini adalah untuk pengajaran kita semua.
Kredit: Rubi hasman (bukan ejen insurance tapi ejen rumah)
Baca:
Menu bazar yang selalu ‘scam’ pembeli! Teliti dulu sebelum beli, jangan main ‘bantai’ je
Kombinasi rasa lemak & manis yang padu, ini cara senang buat jagung ‘cup’ ala pasar malam
Warga emas sambut hari jadi ke-80 dengan Tunku Azizah, siap dibelanja makan & dapat hadiah