Banjir kilat sering berlaku di kawasan bandar-bandar besar yang mempunyai taburan penduduk padat setiap kali hujan lebat berlarutan.
Salah satu perkara yang merunsingkan orang ramai apabila berlakunya hujan lebat tanpa henti
Terutamanya di kawasan berisiko tinggi, adalah kenderaan yang ditenggelami air banjir.
Situasi ini tentunya mendatangkan kerugian kepada pemilik kenderaan kerana terpaksa menanggung kos untuk membaik pulih.
Jika kereta anda terjebak dalam banjir, ikuti langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kos pembaikan akibat banjir.
1. Periksa Paras Air
Selepas banjir surut, periksa paras air dalam kereta. Lihat kesan lumpur untuk menilai tahap kerosakan. Pastikan air tidak memasuki ruang enjin.
2. Jangan Hidupkan Enjin
Jika kereta terendam, jangan cuba hidupkan enjin kerana ini boleh menyebabkan litar pintas. Cabut bateri dan panggil mekanik atau trak tunda untuk membawa kereta ke bengkel.
3. Periksa Enjin dan Gearbox
Setibanya di bengkel, periksa enjin dan gearbox menggunakan batang celup untuk memeriksa minyak. Jika minyak bercampur dengan air, keluarkan dan ganti dengan minyak baharu. Proses penyingkiran (flushing) mungkin perlu dilakukan sebanyak tiga hingga lima kali.
4. Keluarkan Petrol Jika Perlu
Air banjir juga boleh memasuki tangki minyak. Jika ini berlaku, keluarkan petrol yang tercemar untuk mengelakkan lebih banyak kerosakan.
5. Cabut dan Keringkan Komponen
Cuci kereta dengan semburan air, tetapi elakkan menyembur pada lubang penapis udara dan penutup minyak. Tanggalkan komponen seperti radio dan keringkan. Bersihkan kekotoran pada kusyen untuk mencegah bau hapak. Pertimbangkan menggunakan perkhidmatan profesional untuk mencuci kusyen dengan teliti.
BACA: ‘Yang sudah itu, sudahlah’ Rabbani kongsi kisah selepas Al-Arqam diharamkan