Realtime website trackingweb stats

Ejen minyak lintah nak panggil LHDN tapi tak tahu cara, aksi solat lelaki ini dipersoal

Oleh NURAIMAN

Seorang lelaki difahamkan ejen produk minyak lintah mengundang kecaman netizen apabila sedutan rakaman videonya mengerjakan solat tersebar di media sosial.

Tambah mengundang rasa menyampah warganet apabila dia dilihat bersujud dengan selonggok duit kertas berada di sebelah kanan sejadahnya.

Terdapat kira-kira 30 ketul wang kertas RM50 dan RM100 setebal dalam 6 cm yang masing-masing diikat dengan gelang getah.

Rata-rata netizen menempelak sikap lelaki itu yang dianggap tidak wajar kerana dianggap seolah-olah menunjuk banyak duit.

Ada juga secara berseloroh menganggap lelaki berkenaan nak panggil Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk tujuan membayar cukai tetapi tak tahu cara berbuat demikian.

“Orang kaya tak ikat duit dengan getah nasi lemak,” perli seorang pengguna media sosial lain pula.

Ejen minyak lintah nak panggil LHDN tapi tak tahu cara, aksi solat lelaki ini dipersoal

Ramai turut bimbang sekiranya dia sudah jadi riak dan takabur atau muncul perasaan ujub dalam diri.

Lebih menakutkan, perbuatannya juga dianggap mempermain agama dan dalam masa sama mengundang salah faham dan prejudis masyarakat bukan Islam.

“Agak-agaklah kalau duit banyak pun nak tunjuk, menyampah pula tengok orang yang jadikan agama sebagai sandiwara.

“Terbukti duit tak boleh beli kecerdikan.

“Kalau mampu, bantulah golongan yang susah. Janganlah kita terlalu riak atas kemewahan yang diberi. Ini sebagai nasihat untuk diri sendiri dan buat kawan-kawan,” demikian antara sindiran dan nasihat warganet.

Baca:

Indonesia dah ikut India dan AS haramkan TikTok Shop, ini punca mungkin Malaysia bakal pertimbang

Gara-gara pelakon Hafidz Roshdi cederakan bekas isteri, ramai terkesan dengan luahan Lufya

Siapa kata bilik orang bujang mesti bersepah, pemuda ini kongsi tips kemas dan bersih