Mulai 1 Oktober ini, semua kenderaan dari Singapura dikehendaki mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP).
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, peraturan ini akan dikuatkuasakan di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ)
Di Johor, iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.
Beliau menjelaskan bahawa penguatkuasaan VEP bertujuan untuk memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya Malaysia sepenuhnya.
Sejak April 2019, Kementerian Pengangkutan telah melaksanakan pendaftaran VEP bagi pemilik kenderaan warga asing yang melintasi kedua-dua kompleks CIQ tersebut.
Bagi memastikan pemilik kenderaan warga asing mematuhi peraturan jalan raya, penguatkuasaan VEP akan dikuatkuasakan sepenuhnya mulai 1 Oktober.
Individu yang memandu kenderaan asing tanpa VEP akan dikenakan denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga enam bulan.
JPJ mempunyai kuasa untuk melarang kenderaan asing tanpa VEP memasuki atau meninggalkan Malaysia.
Proses pendaftaran VEP dipermudahkan dengan tag RFID VEP yang akan dihantar ke rumah tanpa perlu datang ke Johor untuk mengambilnya. Bayaran sebanyak RM10 dikenakan bagi setiap tag VEP yang sah selama 5 tahun.
Loke juga menyatakan bahawa kelewatan dalam penguatkuasaan VEP sepenuhnya disebabkan oleh isu teknikal dan pengaruh pandemik Covid-19.
BACA: Patutlah orang berniaga nasi lemak laku keras, ini rahsianya rupanya, di rumah pun boleh buat