Sengsaranya dulu Faiz Saumi membawa ‘muatan’ beban sendiri yang mencecah 116 kg tetapi selepas setahun dia sudah mencapai berat ideal dengan melakukan 7 perkara ini.
Prinsipnya, ‘menarik’ – kerapkan makan! Dia sekarang boleh tersenyum bangga menuai kejayaan hasil disiplinnya dalam amalan pemakanan sihat selama 12 bulan.
Ikuti perkongsian FAIZ SAUMI yang sama sekali tidak meninggalkan sarapan dan makan tengah hari:
Saya akan kongsikan amalan seharian saya sehingga ke tahap ini. Tempoh masa yang diambil setahun daripada 116 kg kepada 66 kg.
1. SARAPAN
Wajib ambil sarapan. Jangan pernah tinggalkan walau sekali. Disarankan jangan tidur selepas Subuh. Waktu terbaik untuk sarapan pagi adalah 7 hingga 8 pagi.
Contoh sarapan yang diambil roti wholemeal, telur rebus atau separuh masak dua biji, pisang/ jambu batu/ yogurt greek.
2. SNACKING
Jam 10 hingga 11 pagi, makan lagi buat macam snacking sambil buat kerja seperti kekacang, jambu batu atau epal.
3. MAKAN TENGAH HARI
Wajib ambil makan tengah hari sekitar jam 1 hingga 2 petang. Jangan sesekali tinggalkan. Makan tengah hari yang biasa diambil segenggam nasi putih.
Pastikan nasi putih itu sebesar penumbuk. Sumber protein paling baik pula tentulah ayam, ikan dan tempe.
Jangan lupa ambil juga sayur-sayuran tetapi pastikan yang tidak bergoreng.
4. SNACKING PETANG
Mengunyah lagi jam 3 hingga 4 petang. Buat snacking lagi seperti epal, kekacang, jambu batu atau buah naga juga pisang
5. RIADAH
Jam 5.30 hingga 6.30 petang ambil masa untuk riadah atau buat kardio sekurang-kurangnya 30 minit! Saya selalu akan jogging atau mendaki.
6. MAKAN MALAM
Disiplinkan diri ambil makan malam antara jam 7 hingga 7.30 malam. Saya elakkan nasi untuk waktu malam.
Jadi, saya akan ambil sumber protein yang banyak untuk naikkan otot selepas penat dengan aktiviti workout.
Saya amalkan 1/2 protein dan 1/2 sayur-sayuran untuk satu pinggan yang besar. Antara sayur-sayuran yang bagus adalah timun, brokoli, lettuce dan tomato.
7. TEH HIJAU PANAS TANPA GULA
Masa untuk buat teh hijau panas tanpa gula. Ini saya biasa lakukan antara jam 9 hingga 9.30 malam. Tanpa gula, ya.
Jangan sesekali ambil minuman yang bergula. Sebaliknya, banyakkan minum air kosong setiap hari.
Tidak kurang pentingnya, elakkan apa jua sos. Banyakkan membaca untuk dapatkan tips diet pemakanan yang sihat.
Pastikan tidur awal pada waktu malam. Dapatkan rehat yang cukup dan mental kena sentiasa kuat! Semoga bermanfaat untuk semua.
Baca:
Litar Horizon Beranang dah nak siap, buat kerja tak banyak sembang tak macam MB Kedah
Tips beli baju raya bayi agar anak kelihatan selesa & bergaya
Jadual makan ubat secara teratur sepanjang Ramadan, barulah tak tercicir