Realtime website trackingweb stats

Dua remaja lelaki jadi pemuas nafsu, siapa sangka ini rupanya perincian aksi jelek PU Azman

Oleh ADINDA

Dua remaja lelaki jadi pemuas nafsu, siapa sangka ini rupanya perincian aksi jelek PU Azman. Perbicaraan kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman diteruskan pada hari ketiga dengan saksi ketujuh memberitahu pendakwah itu pernah melakukan perbuatan seks oral terhadap mangsa kedua sehingga mengeluarkan air mani.

Saksi wanita yang juga bekas guru kepada mangsa berkata perkara itu diceritakan sendiri oleh remaja lelaki berkenaan dalam satu pertemuan tahun lalu.

“Seingat saya mangsa pernah cerita Azman meminta untuk menghisap kemaluan dia (mangsa) sehingga keluar air mani.

“Selain itu mangsa juga diminta bercium mulut. Air mani Azman juga keluar. Mangsa diminta lap air mani dan cuci di tandas,” katanya ketika memberi keterangan pada Rabu.

Azman berdepan dengan pertuduhan melakukan amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.

Dua remaja lelaki jadi pemuas nafsu, siapa sangka ini rupanya perincian aksi jelek PU Azman. Perbicaraan kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman diteruskan pada hari ketiga dengan saksi ketujuh memberitahu pendakwah itu pernah melakukan perbuatan seks oral terhadap mangsa kedua sehingga mengeluarkan air mani.Saksi wanita yang juga bekas guru kepada mangsa berkata perkara itu diceritakan sendiri oleh remaja lelaki berkenaan dalam satu pertemuan tahun lalu.

Terdahulu saksi berkenaan menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Husni Fairos Ramly di hadapan hakim Datin Surita Budin di Mahkamah Sesyen Seremban, Negeri Sembilan.

Untuk rekod, guru berkenaan juga merupakan ibu kepada seorang mangsa kes sama bagi pertuduhan yang difailkan di Mahkamah Sesyen Klang, Selangor sebelum ini.

Wanita berkenaan mula mengetahui perbuatan sumbang Azman atau Azman Syah Alias, 43, selepas diceritakan oleh anaknya sendiri tahun lalu.

Dalam masa sama dia juga percaya akan pengakuan yang dibuat oleh mangsa kedua dalam kejadian di Negeri Sembilan kerana remaja lelaki itu adalah bekas anak muridnya.

“Mangsa adalah anak murid yang saya bimbing sejak darjah empat. Walau dia nakal, dia tidak berbohong pada ustazahnya.

Perbicaraan kes amang seksual melibatkan PU Azman masuk hari ketiga.

“Saya yakin dengan apa yang diceritakan mangsa,” ujarnya.

Azman berdepan dengan pertuduhan melakukan amang seksual dan kelucahan terhadap dua remaja lelaki.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kediaman di Sendayan, Negeri Sembilan pada Februari tahun lalu.

Baca:

Rakam dulu baru bertindak, ini kesudahan cerita anak ular senduk menyorok bawah badan budak

Elok-elok jadi manusia, lelaki ubah diri jadi ‘syaitan’, siap ajak bini sekali

Koleksi terbaru kolaborasi Blackpink+Starbucks buat peminat tak senang duduk. ‘Rare’ sangat!