Realtime website trackingweb stats

Dua guru Indonesia ini terkejut tapi kagum, 10 ‘culture shock’ berpuasa di Malaysia

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Dua guru berasal dari Indonesia juga merupakan YouTubers menceritakan bagaimana perasaan mereka sepanjang dua hari berpuasa di Malaysia.

Mereka mengakui terkejut dengan beberapa perkara berkaitan bulan mulia Ramadan yang tidak wujud di Indonesia.

Ini 10 ‘culture shock’ berpuasa di Malaysia:

Dua guru Indonesia ini terkejut tapi kagum, 10 'culture shock' berpuasa di Malaysia

1. Kedai dan gerai makanan sepanjang Ramadan tutup pada sebelah pagi. Sekitar jam 3, 4 petang baru buka.

2. Jalan raya sepi waktu cuti mungkin faktor jimatkan tenaga untuk menjalani kehidupan seharian.

3. Waktu berbuka puasa terasa macam lebih lama sebab di Indonesia biasanya jarum jam 6 lebih sudah berbuka.

4. Banyak bazar Ramadan dengan bumbung warna berbeza tetapi seragam mengikut lokasi.

5. Selepas 4 rakaat pertama solat tarawih, ada tazkirah sebelum disambung dengan lagi 4 rakaat solat tarawih kerana di Indonesia tiada.

6. Solat tarawih masih penuh saf walaupun sudah malam keenam. Di Indonesia, malam ketiga jemaah sudah kurang dan jemaah yang tinggal boleh menghampiri saf di depan mihm

7. Sesudah memberi salam dalam solat sunat tarawih, jemaah boleh minum dari botol yang dibawa bersamanya.

8. Kadar zakat rupanya ada kategori mengikut jenis beras dimakan.

9. Penjual di bazar Ramadan pakai apron dan mendapat suntikan vaksin terlebih dahulu. Ini paling shocking.

10. Tidak ada bau sampah sepanjang menyusuri bazar Ramadan. Bagaimana pengurusan sampah dapat memelihara kebersihan di lokasi sibuk seperti bazar Ramadan amat dipuji.

Baca:

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya

Penangan kuasa viral, Faiz sampai tak cukup tidur, ramai puji penjual burger meja ke meja iras wajah Wahid Senario ini