Seorang penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat mengingatkan orang ramai agar tidak meninggalkan dua amalan untuk menambah rezeki.
Pertama, katanya, solat sunat dua rakaat sebelum Subuh.
Ibadat yang dituntut itu dipanggil solat fajar yang ditunaikan sebelum mengerjakan solat fardu Subuh.
Kedua, nasihat Syamsul Debat, jangan tinggalkan sedekah Subuh.
“Masuk masjid, masukkan duit,” katanya.
Bagi orang perempuan yang tidak dapat hadir ke masjid, beliau memberi cadangan apa boleh dibuat demi merebut ganjaran pahala sedekah Subuh.
“Ambil botol. Setiap kali nak solat Subuh, masukkan duit ke dalam botol itu.
“Setiap hari masukkan seringgit, contohnya. Cukup hari Jumaat, minta suami masukkan duit yang disimpan dalam botol itu ke tabung masjid,” jelasnya.
Beliau berkata, malaikat mendoakan kepada Allah mana-mana manusia yang memulakan Subuhnya dengan bersedekah.
“Maka Kau perluaskan rezeki seluas-luasnya untuk dia hari ini, Ya Allah,” kata malaikat yang disebut kembali Syamsul Debat.
@nur_afiaaa Jangan tinggal 2 amalan ni #ustazsamsuldebat #solat #solatsunat #panduansolat ♬ Rapuh_ – Zali
Baca:
“Banyak sekolah cina yang …” – Terbeliak biji mata tengok angka tajaan ibu bapa demi anak-anak
Askar dayus ‘lempang’ isteri sehingga dengar bunyi dentuman
Sendiri buat onar, sendiri koyak! Fatiya Latiff ugut keluar agama, tak tahan dibuli netizen