Realtime website trackingweb stats

‘Doakan kami kuat’ Anak bongsu Zaquan Adha dan Ayu Raudhah meninggal dunia

Oleh AHMAD ISMAIL

‘Doakan kami kuat’ Anak bongsu Zaquan Adha dan Ayu Raudhah meninggal dunia. Berita duka menyelubungi keluarga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan pelakon Ayu Raudhah, apabila anak bongsu mereka, Muhammad Aisy Al Rees, telah kembali ke rahmatullah hari ini.

“Doakan Kami Kuat” – Zaquan Adha

Perkhabaran memilukan ini dikongsi sendiri oleh Zaquan menerusi Instagram Story sebentar tadi.

“Salam semua, anak bongsu kami, Muhammad Aisy Al Rees Mohamad Zaquan Adha telah kembali kepada Penciptanya sebentar tadi.

“Doakan saya dan isteri kuat untuk dugaan ini,” luahnya dengan penuh kesedihan.

'Doakan kami kuat' Anak bongsu Zaquan Adha dan Ayu Raudhah meninggal dunia

Meninggal Dunia Dalam Tidur

Sementara itu, kakak kepada Ayu Raudhah, Rozita Che Wan, mengesahkan bahawa anak saudaranya itu meninggal dunia dalam tidur sekitar jam 1.00 tengah hari, lapor Berita RTM.

“Sedih sangat-sangat. Ayu selalu datang ke rumah untuk bermalam bersama. Anak Ayu tak pernah menangis, menyusu seperti biasa. Kali terakhir kami bertemu minggu lepas. Sekarang kami berada di Hospital Rembau untuk urusan jenazah,” katanya.

Melalui Instagram, Rozita turut merayu agar pihak media memberi ruang kepada keluarga Zaquan dan Ayu untuk menghadapi detik sukar ini.

“Tolong fahami situasi yang sangat menyedihkan ini,” katanya dalam satu hantaran di Instagram Story.

Bayi Kesayangan Yang Baru Dilahirkan

Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos 2024, menjadikannya cahaya mata ketujuh dalam keluarga Zaquan dan Ayu. Kehadirannya membawa kebahagiaan buat keluarga sebelum pemergiannya yang mengejutkan.

Rozita juga sempat berkongsi satu video kenangan ketika dia memberi susu kepada Muhammad Aisy, sebagai tanda kasih sayang terakhir buat anak saudaranya itu.

Semoga Zaquan Adha, Ayu Raudhah, dan seluruh keluarga diberikan ketabahan dalam menghadapi ujian ini. Al-Fatihah.

BACA LAGI :

Dunia seni kehilangan bintang: Pelakon veteran Roslan Saleh meninggal dunia

Pak Mat, pengusaha kedai makan terkenal meninggal dunia

Meninggal ketika imamkan solat subuh, Timbalan pengarah keselamatan UM meninggal dunia