Realtime website trackingweb stats

Dikecam teruk gara-gara peluk Mimi Peri, ini penjelasan Almy Nadia

Oleh ADINDA

Dikecam teruk gara-gara peluk Mimi Peri, ini penjelasan Almy Nadia. Pelakon Datin Almy Nadia dikecam teruk oleh netizen susulan tindakannya memeluk influencer terkenal dari Indonesia iaitu Mimi Peri.

Almy berkata perkara itu terjadi secara spontan apabila Mimi begitu teruja pertama kali berjumpa dengan aktres itu ketika berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

Menurut Almy, dia terbuka menerima kecaman daripada netizen namun meminta agar memberi teguran secara berhemah atau secara peribadi dengan menghantar mesej.

“Saya tak perlu respon apa pun sebenarnya dan tak perlu membalas segala komen mahupun kritikan dengan cara apa sekali pun, apa orang nak cakap tu biarkan la!

“Saya tak nak tambah dosa untuk bercakap atau menulis… mungkin itu yang terbaik buat mereka (netizen) dengan membuat teguran cara sedemikian.

“Mereka boleh saja mesej saya secara peribadi untuk tegur mengenai perkara ini, tidak perlu secara umum dan saya tak baca pun segala komen itu,” katanya.

Baca:

Tak pernah ke luar negara, ‘akak’ panggil orang bangun sahur ini teruja kena serbu di KLCC

Buat filem dilarang Islam, tapi Fizz Fairuz rayu tonton dulu baru nilai

Vida terpaling anggun pakai gaun kembang persis Little Mermaid, buat tulang rusuk lelaki bergetar