Dengan jumlah penduduk di seluruh dunia melebihi lapan bilion pada masa sekarang, tentu ada banyak tradisi dan budaya yang diwarisi sejak zaman nenek moyang.
Perbezaan ini membuatkan masyarakat itu menjadi unik dan berbeza daripada yang lain.
Bercakap tentang keunikan, tahukah kamu bahawa ada banyak festival atau perayaan yang luar biasa disambut di seluruh dunia?
Di sini kami akan kongsikan lima festival yang dianggap antara yang paling aneh di dunia:
1) Festival El Colacho (Pesta Lompat Bayi)
Perayaan ini bermula dari Castrillo de Murcia, Sepanyol pada tahun 1620-an dan diadakan sekali setahun pada bulan Jun.
Asal usulnya tidak pasti, tetapi beberapa ahli sejarah percaya ia mungkin bermula sebagai ritual kesuburan.
Semasa festival itu, beberapa lelaki berpakaian sebagai ‘syaitan’ dalam pakaian tradisional berwarna kuning dan merah akan menakutkan penonton sebelum berlari dan melompat di atas bayi-bayi yang telah diletakkan di atas tilam.
Seperti dalam acara pembaptisan, dikatakan bahawa ‘syaitan’ menyerap dosa-dosa bayi, memberi mereka perlindungan daripada penyakit dan kemalangan.
2) Festival El Tomatina
Festival ni macam pertarungan makan-makan yang diadakan kat sebuah pekan kecik namanya Bunol, kat Sepanyol.
Dia berlangsung pada Rabu terakhir bulan Ogos setiap tahun.
Beribu-ribu orang datang dari serata dunia untuk mengikuti ‘pertarungan makanan terbesar dunia’ ni, di mana ia lebih 100 tan metrik tomato yang masak akan dibuang di jalanan.
3) Festival Lumpur Boryeong
Festival Lumpur atau Mud Festival yang berasal dari Korea Selatan ini diadakan setiap tahun oleh penduduk tempatan di bandar Boryeong, yang juga dikenali sebagai Daecheon.
Bandar kecil ini terletak di wilayah Chungcheong Selatan, Korea Selatan.
Semasa festival, terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan oleh pengunjung termasuk urutan lumpur, mandi lumpur, dan pelbagai lagi.
4) Festival Bayi Menangis Nakizumo
Ia adalah pertandingan melibatkan bayi di mana bayi yang pertama menangis akan diisytiharkan sebagai pemenang.
Bayi-bayi yang mengambil bahagian akan dibawa oleh ahli sumo, dan kemudian pengadil akan masuk ke dalam gelanggang dengan memakai topeng yang menyerupai syaitan untuk menakutkan bayi tersebut sehingga menangis.
Jika bayi-bayi tersebut menangis pada masa yang sama, bayi yang meraung lebih kuat akan dianggap sebagai pemenang. Ibu bapa percaya, bayi yang menangis akan membesar dengan kuat dan sihat. Acara ini juga bertujuan untuk menghalau roh jahat.
5) Festival Tinku
Setiap tahun pada bulan mei akan diadakan festival ini, ia merupakan pertarungan tradisional oleh penduduk Bolivia di kawasan Andes.
Festival ini telah berlangsung selama beribu-ribu tahun, orang asli telah memuja Dewa Pachamama. Oleh itu setiap tahun, pada awal Mei, Dewi Pachamama menuntut pengorbanan darah manusia untuk kesuburan hasil tuaian.
Setiap titisan darah dianggap sebagai pengorbanan untuk memastikan kejayaan tuaian yang akan datang.
Baca:
Penternak babi Pulau Pinang dapat RM6 juta, rupanya pasal ini dapat pampasan
Jadi ketua negara ke-17, jom kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim
‘Tak gemar berfikir, hanya suka main game’ – Terkejut ibu ini semasa menemuduga remaja perempuan