Realtime website trackingweb stats

“Dia macam dah tahu akan pergi” – Mesej akhir Suhaimi di TikTok buat peminat sebak

Oleh NURAIMAN

Suhaimi Saad, yang sebelum ini merupakan ahli kumpulan nasyid In-Team, baru-baru ini memohon maaf kepada peminatnya di TikTok dalam masa sepuluh hari yang lalu.

Dalam hantaran yang dikongsikan pada 5 November yang lepas, Suhaimi juga mengucapkan terima kasih atas sokongan dan kebaikan yang diberikan oleh orang ramai kepadanya.

SS (Suhaimi Saad) minta maaf zahir dan batin dari korang semua. Terima kasih atas perkenalan dan segala kebaikan korang.

Manakala diruangan komen, ramai yang mengungkapkan harapan dan doa untuk Suhaimi agar lekas sembuh dan agar Ina Naim serta keluarga dipermudahkan dalam setiap urusan.

Ketika ini, Ina Naim memberitahu bahawa Suhaimi masih terus berada dalam keadaan tidur dan masih memerlukan bantuan pernafasan dari alat di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital di Johor.

Suhaimi dilaporkan mengalami kegagalan organ dalaman selepas menderita batuk kronik selama empat bulan dan mengalami masalah cirit-birit tiga bulan yang lalu, menyebabkan berat badannya merosot dengan mendadak.

 

Baca :

Ini reaksi bapa Along Spoon selepas pembunuh sudah bebas, kronologi kes mendebarkan 

“Ini pengalaman indah yang cukup berharga” – Mimi Lana sumbang untuk Gaza 

Membela rakyat susah, ada kata Anwar membosankan, ini pandangan bekas wartawan era 1990-an