Realtime website trackingweb stats

‘Dia bukan kosong’ – Ini ‘tips’ berdepan member jenis hanya dia paling tahu

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Bukalah topik apapun, memang ada member yang jenis sembang kencang dan seolah-olah hanya dia paling tahu.

Kawan atau individu begini lazimnya ‘lupa’ lawan bercakapnya adakalanya lebih tahu berbanding dia.

Paling teruk, mereka yang serba tahu itu tidak lebih sekadar tin kosong kerana hanya mahu menunjuk-nunjuk sahaja.

'Dia bukan kosong' - Ini 'tips' berdepan member jenis hanya dia paling tahu

Itu yang sesuai dikatakan apabila menonton video tular seorang pemuda yang berkemungkinan parodi tentang perangai individu paling tahu.

Pemuda itu sedang ditanyakan seorang perempuan yang turut antara lain menyebut tentang Jaguh muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfika.

Dia juga memberikan ‘pendapatnya’ tentang seorang YouTuber, PrinceMeed yang sudah mempunyai sebanyak 1.14 juta ‘subscriber’.

“Dia (Jojo) ada dowhh… Dia bukan kosong.

“Kau ingat dia (PrinceMeed) kosong ke? Kau main petik-petik nama dia… Kau ingat dia kosong ke?” kata pemuda itu.

Perempuan itu menyifatkan kata-kata pemuda itu sebagai ‘deep’ sebelum bertanyakan bhasil operasi matematik, 1 + 1.

“Deep sangat borak dengan kau ni… Ok, aku nak tanya kau…1 + 1 berapa?”

Spontan itu pula lelaki berkenaan menjawab, “Kau mesti ingat aku jawab 2, kan? Sebenarnya jawapan 2 diajar sekolah itu salah”.

Sampai satu tahap punyalah dia saja paling tahu, dia sendiri puji diri sendiri kononnya tidak kosong.

“Aku pun bukan kosonglah. Aku pun ada ilmu juga.

“Belum aku buka cerita pasal Pokemon lagi. Bukan kosong orang yang tahu ni…, ”

Rata-rata warganet melahirkan rasa geram berdepan dengan perangai individu kononnya serba tahu.

“Member aku ada jugak perangai begini. Alhamdulillah lepas kena lempang kiri kanan, elok dah percakapan… bukan kosong, bukan kosong…,” kata pengguna Facebook, Shahrul Ezwqn.

Baca:

Guna 1 bahan ini, bantu kurangkan pertumbuhan rumput liar

Semakin ditelan zaman! Ini resipi kuih tepung pasung

Kereta manual memang jimat, tapi kalau tak jaga 5 benda ni poket boleh rabak, khususnya part gear